NILAI: Atlet berbasikal trek negara, Muhammad Fadhil Zonis terpaksa bergantung kepada sebuah basikal sahaja menjelang Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang berlangsung esok. Ia susulan basikal yang digunakannya sebelum ini, WX-R Vorteq telah pun patah ketika Fadhil menyertai Kejohanan Basikal Trek Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) di Adelaide awal bulan ini. Dalam kejohanan itu, Fadhil bersaing dalam acara keirin dalam pusingan ‘repechage’ mengalami pelanggaran dengan pelumba Cristian Ortega Fontalvo…










