Ariana mahu bantu skuad wanita layak ke Paris

Ariana mahu bantu skuad wanita layak ke Paris

ARIANA Nur Diana menamatkan saingan di tempat ke-48 keseluruhan dalam kategori recurve individu Piala Dunia peringkat pertama di Shanghai, China bulan lalu. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet memanah recurve negara, Ariana Nur Dania Zairi memasang hasrat untuk melakar satu lagi sejarah iaitu membantu skuad berpasukan wanita layak beraksi di Sukan Olimpik Paris.

Untuk rekod, Ariana yang sudah pun meraih tempat ke Sukan Olimpik selepas berjaya meraih emas di Kejohanan Kelayakan Asia di Bangkok, Thailand pada November tahun lalu.

Dia kini mempunyai tempoh empat bulan bersama-sama rakan sepasukan yang lain untuk merebut satu lagi slot ke Paris menjelang kejohanan kelayakan terakhir di Piala Dunia Antalya, Turkiye pada 18 Jun depan.

Sejak skuad memanah negara konsisten layak ke Sukan Olimpik sejak edisi 2004 Athens, namun Malaysia belum pernah mempunyai wakil dalam acara berpasukan wanita.

“Menuju ke Sukan Olimpik, saya sudah menunjukkan peningkatan dari markah panahan yang saya lakukan dan saya rasa saya berada di landasan yang tepat. Tetapi saya akui masih banyak perkara perlu dipertingkatkan lagi.

“Bagi acara berpasukan wanita, kami masih berpeluang (ke Sukan Olimpik). Saya akan bergandingan dengan Syaqiera Mashayikh, Nurul Azreena Mohamad Fazil, dan Ku Nurin Afiqah Ku Ruzaini.

“Bagi saya tiada perbezaan yang ketara antara acara individu dan berpasukan, tetapi fokus saya memang terhadap individu. Bagi acara berpasukan, apabila kami membuat latihan bersama, saya akan cuba mencari rentak dan panahan yang sesuai. 

Dalam masa yang sama, Ariana tidak meletakkan sebarang sasaran tinggi menjelang Kejohanan Memanah Kebangsaan 2024 yang akan membuka tirai esok di Shah Alam Selangor.

“Walaupun saya sudah layak ke Sukan Olimpik, saya tetap akan menganggap kejohanan ini (Kejohanan Kebangsaan) sama seperti kejohanan-kejohanan yang saya sertai sebelum ini,” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×