Wan Kuzain mahu sarung jersi kebangsaan

Wan Kuzain mahu sarung jersi kebangsaan

WAN Kuzain Wan Kamal memberi bayangan akan menyertai skuad Harimau Malaya tidak lama lagi selepas hasratnya tertangguh beberapa kali.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain profesional berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal memberi bayangan akan menyertai skuad Harimau Malaya tidak lama lagi selepas hasratnya tertangguh beberapa kali.

Perkara itu disuarakan pemain St Louis City ST2 itu, dalam ruangan komen di laman Instagram selepas sebuah portal pencari bakat, Frfuturetalents berkongsi statistik permainan Kuzain.

Dalam perkongsian statistik itu, Kuzain yang pernah menjalani latihan bersama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Malaysia mengakui berminat menyertai skuad kendalian Kim Pan-gon yang sedang beraksi di Piala Asia 2023 di Qatar ketika ini.

“Tidak lama lagi,” tulis Wan Kuzain ringkas dalam ruangan komen itu.

Sebagai rekod, nama Wan Kuzain, 25, pernah menggemparkan negara sebelum ini kerana dianggap sebagai prospek masa depan skuad Harimau Malaya selepas dianggap sebagai salah seorang pemain muda terbaik yang dilahirkan negara Uncle Sam itu.

Sebelum ini, Wan Kuzain pernah dipanggil menyertai skuad bawah 23 (B-23) negara namun terpaksa diketepikan saat akhir ekoran masalah dokumentasi.

Dia dianggap antara pemain tengah menyerang yang menyerlah dalam liga di negara tersebut.

Dengan peningkatan memuncak prestasi skuad Harimau Malaya, termasuk beraksi di Piala Asia secara merit selepas 42 tahun, seolah-olah pencapaian itu membuka mata pemain kacukan atau warisan yang menetap di luar negara untuk menyarung jersi Malaysia.

Kegagalan mendapat tempat dalam pasukan negara yang didiami mereka juga menjadi salah satu faktor untuk kembali memilih Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya