Speedy Tigers masuk jerat China, tumpas 2-3 aksi kelayakan

Speedy Tigers masuk jerat China, tumpas 2-3 aksi kelayakan Olimpik

KEKALAHAN 2-3 kepada China menyukarkan peluang Speedy Tigers untuk meraih slot ke Olimpik paris 2024.-Ihsan FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Speedy Tigers memilih jalan sukar dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 apabila tumpas 2-3 kepada China dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan anak-anak buah A. Arul Selvaraj tiada pilihan perlu menang dalam dua aksi terakhir menentang Great Britain dan Pakistan untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara Kumpulan A.

Dalam aksi menentang China di Muscat, Oman itu, skuad negara terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Azrai Aizad Abu Kamal pada suku kedua selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada suku pertama.

Bersambung suku ketiga, China melakukan asakan bertali arus dan hasilnya mereka dihadiahkan penalti stroke yang disudahkan Lin Cangliang pada minit ke-31 sebelum Chao Jieming menjaringkan gol padang tiga minit kemudian.

Malaysia bangkit menyamakan kedudukan menjadi 2-2 pada minit ke-47 menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan Razie Rahim untuk Speedy Tigers kembali ke dalam permainan.

Bagaimanapun, segala harapan skuad negara musnah apabila China berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan menerusi Gao Jiesheng yang menyudahkan pukulan sudut penalti.

Selepas ini, Malaysia akan bertemu lawan terkuat dalam Kumpulan A iaitu Great Britain sebelum menentang Pakistan pada aksi terakhir kumpulan pada 18 Januari.

Untuk rekod, Tiga pasukan terbaik pada kejohanan kali ini layak secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya