Gembira dalam kecewa

Gembira dalam kecewa

PEMAIN Harimau Malaya meraikan jaringan penyamaan Romel Morales (bawah) ketika mengikat Korea Selatan 3-3 dalam saingan Kumpulan E Piala Asia 2023. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegembiraan mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E Harimau Malaya di Piala Asia 2023, semalam masih belum dapat mengubat kekecewaan gagal meneruskan saingan ke 16 akhir.

Walaupun persembahan anak-anak buah Kim Pan Gon, semalam wajar dipuji dan menunjukkan kemampuan sebenar pasukan, namun semuanya sudah terlambat selepas dua kekalahan sebelumnya.

Bagi pemain sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim, gagal ke pusingan kalah mati belum terubat walaupun berjaya memberikan persembahan menyakinkan mengikat gergasi Asia itu.

Katanya, walaupun barisan skuad gembira di sebalik jurang yang besar jika dibandingkan dengan Korea Selatan, mereka sebenarnya masih tidak dapat menerima kekalahan kepada Jordan dan Bahrain. 

“Kami akan cuba bangkit untuk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 (dan) sekurang-kurangnya dapat belajar daripada keputusan ini,” katanya selepas perlawanan menentang Korea Selatan di sini.

Jeong Woo-yeong membuka tirai jaringan sebelum Malaysia bangkit mendahului selepas 17 minit perlawanan bersambung babak kedua menerusi Mohamad Faisal dan sepakan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.

Korea Selatan menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 10 minit hasil gol sendiri penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed sebelum penalti Son Heung-min menghukum Malaysia 3-2.

Pemain gantian yang juga pemain naturalisasi Romel Morales muncul wira apabila menyumbat gol penyamaan negara pada masa tambahan sekali gus menghadiahkan Malaysia pulang satu mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN