Sangari optimis mampu capai 10 terbaik dunia 2024

Sangari optimis mampu capai 10 terbaik dunia 2024

Sangari akan memulakan kempen 2024 dengan beraksi di Kejohanan Juara-Juara J.P Morgan di New York, Amerika Syarikat yang akan bermula 20 Januari depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy wanita No. 1 negara, S. Sivasangari merasakan dia mampu untuk mendaki tangga 10 terbaik dunia lebih awal berdasarkan prestasi memberangsangkan ditampilkan pada tahun ini.

Sangari yang memulakan tahun ini di tangga ke 18 dunia secara perlahan-lahan mula mendapat rentak di dalam gelanggang selepas lapan bulan berehat kerana mengalami kemalangan jalan raya pada Jun 2022.

Dia berjaya menutup tahun 2023 dengan penuh gemilang apabila meraih dua gelaran juara dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) iaitu Trofi Tuanku Mukriz dan Terbuka Bola Sepak Hong Kong selain memenangi pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022.

“Saya amat berbangga dengan prestasi saya musim ini, Secara jujurnya saya tidak menyangka mampu mendaki ke tangga 15 dunia pada hujung tahun ini. Jadi saya rasa ini adalah sesuatu yang bagus apabila segala kerja keras saya selama ini telah membuahkan hasil.

“Sejak dari awal tahun lagi, saya langsung tidak menyangka mampu untuk memenangi kejuaraan berdasarkan keadaan saya sebelum ini, tetapi saya percaya setiap apa yang berlaku ada sebabnya.

“Sekarang saya mahu cuba untuk berada dalam kelompok 10 terbaik dunia menjelang pertengahan tahun hadapan, selain cuba mencabar pemain ternama dunia dan menewaskan mereka,” jelas Sangari kepada PSA dalam satu temu bual.

Terdahulu, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) meletakkan sasaran untuk para pemain negara berada dalam kelompok ranking 10 terbaik dunia bagi mencerahkan lagi peluang mereka menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Sangari akan memulakan kempen 2024 dengan beraksi di Kejohanan Juara-Juara J.P Morgan di New York, Amerika Syarikat (AS) yang akan bermula 20 Januari depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya