Raducanu kembali pilih jurulatih lama

Raducanu kembali pilih jurulatih lama

EMMA Raducanu kembali memilih jurulatih lamanya untuk persediaan ke Terbuka Australia bulan depan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pemain tenis No. 1 Britain, Emma Raducanu membuat keputusan untuk kembali berlatih bersama bekas jurulatih zaman kanak-kanaknya, Nick Cavaday dalam persediaan menghadapi Kejohanan Terbuka Australia bulan depan.

Cavaday, 37 tahun bukanlah asing apabila pernah melatih Aljaz Bedene dan Dominic Inglat yang menjadi tonggak utama Britain memenangi Piala Davis 2015.

Raducanu dilihat kini sedang giat berlatih bersama Cavaday di Pusat Tenis Nasional London.

Sebelum ini, Radacanu berlatih di bawah jurulatih Jerman, Sebastian Sachs sebelum kedua-duanya berpisah pada Jun lalu.

Pemain berusia 21 tahun itu telah pun menerima ‘wildcard’ untuk beraksi di Terbuka Auckland pada 1 Januari depan, dan kemudian dia akan ke Melbourne bagi menyertai saingan Grand Slam pertama bagi musim 2024.

Kejohanan tersebut akan menjadi kejohanan pertama buat Raducanu sejak terpaksa berehat panjang gara-gara menjalani pembedahan pergelangan tangan, April lalu sehingga terpaksa melupakan saingan Wimbledon, Terbuka Perancis dan Amerika Syarikat.

“Saya tahu agak sukar untuk beraksi dengan baik selepas anda sudah lama tidak bermain, hampir setahun. Saya akan memerlukan beberapa kejohanan untuk menyesuaikan diri semula untuk kembali ke tahap sebelum ini.

“Tetapi saya percaya, jika saya berjaya melakukannya, saya akan mampu bersaing dengan pemain-pemain lain, jelas Raducanu ketika mengumumkan dia akan kembali semula ke gelanggang tenis pada tahun hadapan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya