Penyokong JDT, TFC penuhi Bukit Jalil

Penyokong JDT, TFC penuhi Bukit Jalil

SUASANA penyokong JDT dan TFC pada aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sesak di Bukit Jalil!

Ribuan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023, malam ini.

Sejak pukul 3.30 petang tadi, perkarangan stadium mula sesak dengan kehadiran penonton JDT dan TF yang hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka dengan membawa bendera dan kain rentang.

Selepas pintu stadium dibuka kepada penyokong pada pukul 5 petang, mereka mula mengambil tempat masing-masing, sekali gus membentuk kelompok penyokong buat kedua-dua pasukan.

Penyokong TFC membentuk lautan hitam putih untuk pasukan mereka, manakala penyokong Harimau Selatan juga tidak kurang hebatnya kerana kehadiran mereka mencetuskan Gelombang Merah Biru.

Apa yang pasti, sokongan padu yang ditunjukkan pasti menjadi azimat terbaik buat JDT dan TFC bagi mengharungi aksi final Piala Malaysia dengan kedua-dua pasukan turun dengan misi tersendiri.

JDT memburu sejarah bergelar juara ‘double quadruple’ buat kali pertama selepas mereka berjaya mempertahankan tiga piala musim ini iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan juara Liga Super.

Sebagai rekod, JDT berjaya meraih gelaran quadruple pada tahun lalu selepas mendominasi Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super selain Piala Malaysia dan kini berada di landasan terbaik untuk melebarkan rekod tersebut.

Skuad Penyu pula mahu menamatkan badi Piala Malaysia apabila kali terakhir mereka menjulang piala berprestij itu ialah pada 22 tahun lalu ketika menewaskan Perak 2-1 di pentas final.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya