MBPJ anjur Kejohanan Tenis Remaha Terbuka MBPJ-MILO 2023

MBPJ anjur Kejohanan Tenis Remaja Terbuka MBPJ-MILO 2023

tenis
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Tenis Selangor (STA) akan menganjurkan Kejohanan Tenis Remaja Terbuka MBPJ-MILO 2023 pada 14 hingga 18 Disember 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Tenis Selangor (STA) akan menganjurkan Kejohanan Tenis Remaja Terbuka MBPJ-MILO 2023 pada 14 hingga 18 Disember 2023.

Kejohanan yang memasuki edisi ke-33 ini telah menerima penyertaan daripada pemain dalam dan luar negera antaranya negeri Johor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pemain dari negara Jepun.

Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Aznan Hassan berkata, dijangkakan seramai 200 orang pemain akan menyertai kejohanan ini jika dibandingkan pada tahun lalu seramai 175 pemain kerana kejohanan kali ini adalah siri terakhir dalam kalendar tahun 2023.

“Disamping itu, Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) masih lagi mengekalkan pengiktirafan kejohanan ini sebagai kejohanan bertaraf ranking remaja kebangsaan yang mana setiap pemain yang menyertai kejohanan ini layak mendapat jumlah mata (point) yang akan dimasukkan ke dalam ranking LTAM,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak tiga acara akan dipertandingkan – perseorangan, beregu remaja lelaki dan beregu remaja perempuan.

Setiap acara yang dipertandingkan ini akan mengikut kategori umur iaitu 8 tahun ke bawah (mini tenis), 10 tahun ke bawah, 12 tahun ke bawah14 tahun ke bawah dan 16 tahun ke bawah.

Hasil daripada kerjasama dengan Persatuan Tenis Selangor, MBPJ berjaya mencungkil ramai bakat baharu di peringkat akar umbi menerusi program pembangunan sukan tenis remaja MBPJ yang dilaksanakan sejak tahun 1990.

MBPJ turut dilantik oleh kerajaan negeri Selangor sebagai bapa angkat untuk beberapa acara sukan termasuklah sukan tenis dalam persediaan ke Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA).

Mengikut rekod di kejohanan SUKMA Kuala Lumpur yang lalu, pasukan tenis negeri Selangor telah berjaya memenangi 2 pingat perak dan 3 pingat gangsa untuk kontinjen negeri Selangor.

Kejohanan pada tahun ini turut mendapat sokongan daripada Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Persatuan Tenis Selangor Dan Majlis Sukan Negeri Selangor.

Kejohanan ini turut dijayakan dengan penajaan daripada Nestle Products Sdn. Bhd. (Milo), F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya