Haikal-Hon Jian juara Syed Modi selepas atasi pilihan utama

Haikal-Hon Jian dinobat juara Syed Modi selepas tumbangkan pilihan pertama kejohanan

Choong Hon JIan (kanan) dan Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di India hari ini. (FOTO: ihsan BAM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUCKNOW: Beregu lelaki muda negara, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian mengharungi minggu yang mengujakan di India apabila muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi yang berlangsung di Stadium Tertutup babu Banarasi Das, Lucknow sebentar tadi.

Haikal-Hon Jian yang berada di ranking ke 93 dunia langsung tidak menunjukkan rasa gentar berdepan pilihan pertama kejohanan, Akira Koga-Taichi Saito di pentas final.

Tambahan pasangan negara ini memperoleh tonik semangat setelah menyingkirkan pilihan kedua kejohanan, Ben Lane-Sean Vendy di peringkat separuh akhir semalam.

Biarpun tewas di set pertama, Haikal dan Hon Jian menunjukkan keinginan yang lebih tinggi untuk bergelar juara apabila bangkit melakar kemenangan dengan keputusan 18-21, 21-18, 21-16 selepas bertarung selama 63 minit.

Ini merupakan kejuaraan pertama mereka sejak mula digandingkan pada Ogos lalu.

Sebagai juara, Haikal dan Hon Jian membawa pulang trofi dan hadiah wang kemenangan berjumlah AS$16,590 (RM 77,525).

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.