Tiga mata pertama bernilai- Kim Pan Gon

Tiga mata pertama bernilai- Kim Pan Gon

PENGENDALI Harimau Malaya Kim Pan Gon memantau sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon ingin memberi fokus kepada perlawanan menentang Kyrgyzstan kerana mengakui tiga mata pertama sangat penting dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 /Piala Asia 2027.

Menurut Pan Gon, perkara yang tidak perlu seperti pemilihan pemain untuk kejohanan akan datang perlu diketepikan termasuk khabar angin tentang tonggak Johor Darul Ta’zim, Leandro Velazquez yang bakal mendapat status naturalisasi.

“Kita fokus kemudian apa yang boleh kita boleh lakukan. Kejohanan (Kelayakan Piala Dunia 2026 /Piala Asia 2027) ini sangat penting. Kami mencuba yang terbaik dan melakukan persediaan yang baik. Ini adalah matlamat kami sebagai jurulatih.

“Kita tidak tahu apa akan berlaku atau pemain lain akan datang atau tidak, saya tidak peduli. Jadi pada saat itu, jika kita boleh dapat pemain yang lebih baik dengan pemain yang sedia ada, itu bagus.

“Tetapi pada saat ini sangat penting bagi kita, sangat penting apa yang kita ada (pemain). Saat ini kita mesti bersikap hormat, menjaga mereka, memotivasikan mereka dalam keadaan baik dan membuat mereka rasa tenang.

“Jadi kita mesti bersatu, dengan penonton, media, peminat, pemain dan jurulatih. Semua kita mesti bersatu untuk fokus bagi berjuang untuk mendapatkan tiga mata di gelanggang sendiri, tiga mata di luar (gelanggang lawan).

“Ini adalah matlamat sangat besar untuk kita kerana kita melawan pasukan yang berada di ranking 97 dunia, sesuatu yang sangat sukar, tetapi kita akan mencabar mereka dan lebih baik fokus,” katanya.

Malaysia akan menerima kunjungan Kyrgyzstan Khamis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum terbang ke Taiwan pada 21 November untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 /Piala Asia 2027.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya