Norza mahu atlet diberi kesedaran bayar cukai

Norza mahu atlet diberi kesedaran bayar cukai

MOHAMAD NORZA ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyarankan agar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara untuk memberi kesedaran kepada barisan atlet negara tentang kepentingan membayar cukai.

Jelas Norza, dia akui ketika ini terdapat sebilangan besar atlet negara masih belum cakna tentang kepentingan membayar cukai, disamping jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai ataupun sebaliknya.

Ia susulan pendedahan mengejutkan oleh LHDN terdapat atlet sukan kebangsaan yang gagal melunaskan cukai sehingga menyebabkan berlaku 243 kes tunggakan cukai melibatkan kerugian mencecah RM15.837 juta.

Justeru Norza melihat kerjasama antara dua agensi kerajaan ini amat penting bagi mengelakkan berlaku isu culas pembayaran cukai membabitkan atlet negara terus berleluasa.

“Saya tidak salahkan atlet (tidak bayar cukai) kerana kita lihat mereka sebagai pejuang negara. Sekiranya tidak bayar, mungkin ada sebab, iaitu dari segi kesedaran dan saya cadangkan untuk bagi kesedaran kepada atlet-atlet.

“Kadang-kadang untuk cukai ini ada benda yang kita boleh dapat pengecualian sehingga cukai bersih menjadi lebih rendah. MSN bersama LHDN perlu panggil atlet dan beri kesedaran mengenai apa pendapatan yang dicukai ataupun tidak.

“Kita harus bantu mereka untuk kesan apa kesalahan mereka. Mereka berjuang mati-matian demi menjamin masa depan kerana tidak tahu di mana penghujungnya. Justeru, sudah tentu mereka nak simpan duit dan buat pelaburan untuk masa depan lebih baik,” jelas Norza.

Dia ditemui media ketika merasmikan Majlis Pelantikan Beregu Lelaki Negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun Sebagai Duta NCT Alliance dan pelancaran Kejohanan Badminton Junior NCT 2024 di Kuala Lumpur semalam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya