Momota sekat Joo Ven, beregu campuran mara Masters Korea

Momota sekat hajat Joo Ven, beregu campuran mara ke separuh akhir Masters Korea

KENTO MOMOTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain No. 1 Dunia, Kento Momota menunjukkan semula sentuhannya yang lama menghilang apabila menumpaskan wakil negara, Soon Joo Ven dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Masters Korea Selatan di Gwangju hari ini.

Joo Ven yang masih segar dengan kemenangan ke atas juara bertahan, Jeon Hyeok Jin di pusingan kedua semalam gagal meneruskan momentum tersebut apabila tunduk di tangan Momota dengan keputusan 16-21, 11-21.

Turut sama terkandas adalah juara Masters Kuala Lumpur 2023, Leong Jun Hao yang ditunjukkan jalan keluar oleh pemain China, Lei Lan Xi dengan keputusan 14-21, 20-22.

Bagaimanapun kem negara masih boleh menarik nafas lega apabila wakil dalam acara beregu campuran meneruskan kemaraan ke separuh akhir.

Pilihan keempat kejohanan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak berdepan masalah untuk menewaskan pasangan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min dengan keputusan 21-19, 21-17.

Mereka akan bertemu Seo Seung Jae-Chae Yu Jung di peringkat separuh akhir esok.

Sementara itu Goh Soon Huat-Shevon Lai melakar satu lagi kejutan dengan menewaskan pilihan ketiga kejohanan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, 16-20, 22-20, 22-20.

Soon Huat-Shevon akan berentap dengan pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin yang telah menewaskan satu lagi pasangan negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 19-21, 19-21 dala satu lagi aksi suku akhir.

Dalam acara beregu lelaki pula, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani kalah kepada pilihan pertama kejohanan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dengan keputusan 18-21, 10-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN