Lapor segera jika tidak dibayar gaji

Lapor segera jika tidak dibayar gaji

SAFEE SALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para pemain kena bertindak cepat dan melaporkan kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) sekiranya berlaku masalah kelewatan gaji dan bukannya tunggu tertunggak sehingga dua atau tiga bulan.

Presiden PFAM, Safee Sali berkata, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan badan induk penganjuran Liga Malaysia (Liga M) untuk memendekkan lagi tempoh atau kelewatan pembayaran gaji iaitu hanya sebulan berbanding dua bulan sebelum ini.

“Sebelum ini, kita tetapkan tiga bulan gaji dan musim ini kepada dua bulan. Selepas ini, mungkin kita akan ketatkan lagi temph kepada sebulan tunggakan sahaja. Siapa (pemain) ada masalah gaji sebulan boleh buat laporan. Perkara ini kedua-dua belah pihak kena tahu.

“Saya berada di sini (PFAM) adalah dengan harapan dapat selesaikan masalah ini, jangan tunggu sampai dua, tiga bulan baru nak lapor. tempoh itu sudah lambat, jadi, datangs ebelum keadaan menjadi lebih teruk.

“PFAM juga tidak akan mendedahkan maklumat peribadi pemain yang membuat laporan, kami akan rahsiakan. Namun, jika terlepas kepada media, ia adalah diluar kawalan. Mungkin pemain sendiri sudah tidak tahan,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Boling Anjuran PFAM dengan kerjasama Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), semalam.

Mengulas lanjut, Safee berkata, pihaknya tidak boleh bergerak untuk menyelesaikan masalah tunggakan tanpa adanya laporan daripada pemain, maka laporan itu penting sebagai langkah pemula untuk membantu pemain yang berdepan masalah tersebut.

“Pemain kena tahu, kita di sini ada untuk selesaikan masalah industri bola sepak dalam isu gaji. Kalau ada laporan yang kukuh dan rasmi, kita boleh selesaikan masalah dan kita bukannya mahu keruhkan keadaan, kita mahu selesaikan dan bantu pemain.

“Pasukan juga pandai, sampaio tempoh dua bulan (tertunggak) dia bayar sebulan dahulu. Itu sebenarnya pun sudah jejaskan kelancaran liga kita. Jadi mungkin selepas ini, lambat sebulan pun kita sudah boleh ambil tindakan sewajarnya,” tambah Safee.

Dalam perkembangan sama, bekas penyerang Harimau Malaya itu berharap adanya penguatkuasaan lebih ketat dalam soal pelesenan pada musim depan bagi memastikan kebajikan pemain lebih terjaga khususnya dalam soal gaji.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN