Kelantan terus jadi 'lauk', dibelasah Sabah FC 7-0

Kelantan terus jadi ‘lauk’, dibelasah Sabah FC 7-0

Kelantan FC tewas 7-0 kepada Sabah FC dalam saingan Liga Super.-Ihsan FC TRW Kelantan FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kelantan FC terus menjadi pasukan belasahan dalam saingan Liga Super musim ini, terbaharu mereka diratah Sabah FC 7-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium UiTM, sebentar tadi.

Dengan rekod kekalahan besar musim ini, The Red Worriors (TRW) juga melakar ‘sejarah’ tersendiri apabila sudah bolos 102 gol dalam 23 aksi Liga Super, sekali gus menunjukkan kepincangan bekas kuasa besar bola sepak Malaysia itu.

Dalam perlawanan menentang Sabah FC, anak-anak buah Angel Alfredo Vera bolos tiga gol pada separuh masa pertama dan melepaskan empat gol lagi pada separuh masa kedua.

Pesta gol Sabah FC bermula pada minit ke-25 menerusi sepakan penalti yang disudahi Jafri Firdaus Chew sebelum dua lagi gol menerusi Farhan Roslan dan Rizal Ghazali, sekali gus menjadikan kedudukan 3-0 pada babak pertama.

Sebaik bermula babak kedua, Sabah FC yang kehilangan empat tonggak utama kerana beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 terus berpesta gol.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee menambah koleksi gol menerusi Irfan Fazail, Telmo Castanheira, Ramon Machado dan S. Kumaarahan, sekali gus menjadikan kedudukan 7-0.

Situasi terbabit menyebabkan Alfredo meninggalkan bangku simpanan walaupun perlawanan belum lagi tamat kerana dipercayai terlalu kecewa pasukannya terus menjadi mangsa belasahan.- UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.