JDT luaskan kuasa ke Jepun

JDT luaskan kuasa ke Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kemungkinan besar membuat pelaburan atau membeli saham dalam bola sepak Jepun.

Lebih menguatkan lagi perkara itu, apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengadakan pertemuan dengan wakil Liga Jepun (J League) di Tokyo, hari ini.

Perkembangan itu dimaklumkan JDT menerusi laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers dengan objektif perbincangan itu juga bagi mengembangkan jenama JDT ke Asia Timur.

“Tunku Ismail mengadakan pertemuan dengan wakil J League di Tokyo, hari ini bagi membincangkan kemungkinan beliau melabur dan membeli saham dalam bola sepak Jepun.

“Antara objektif adalah termasuk mengembangkan jenama JDT ke Asia Timur dan menarik syarikat besar Jepun untuk melabur di Johor.

“Wakil dari J League termasuk Pegawai Eksekutif Korporat (Perniagaan Global), Tetsuya Aida dan Pengurus Besar Takeyuki Oya,” jelas kelab itu.

Skuad Harimau Selatan kini berada di Jepun bagi menghadapi aksi kelima Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) berdepan Kawasaki Frontale di Stadium Todoroki, esok.

JDT menghuni tangga ketiga kumpulan, berkongsi enam mata bersama kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai manakala Kawasaki Frontale di kedudukan teratas dengan mengumpul 12 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya