Hong Kong berdegil anjur temasya Sukan Gay

Hong Kong berdegil anjur temasya Sukan Gay

Sukan Gay Hong Kong (GGHK) tetap dianjurkan bermula 3 November sehingga to 12 November ini. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Sukan Gay Hong Kong (GGHK) tetap diteruskan juga kelmarin biarpun mendapat tentangan hebat daripada kumpulan anti-LGBT serta aktivis hak kemanusiaan.

Ia merupakan temasya sukan yang julung kali diadakan di negara itu dengan mendapat penyertaan lebih 2,300 orang atlet dari 45 negara membabitkan sukan dan acara kebudayaan seperti perlumbaan bot naga dan mahjong.

Bandar Guadalajara di Mexico turut dipilih menjadi tuan rumah bersama untuk temasya sukan ini.

Hong Kong tidak mempunyai sebarang undang-undang yang mendiskriminasi terhadap orientasi seksual individu namun mereka tidak mengiktiraf perkahwinan sesama jantina.

Justeru tiada pegawai kerajaan hadir ketika upacara majlis pembukaan pada Sabtu dan telah pun memberikan amaran kepada pihak penganjur pada Ogos lalu bahawa temasya sukan ini harus dijalankan mengikuti undang-undang dan tidak mencetuskan sebarang insiden tidak baik.

“Visi Sukan Gay ini adalah untuk mewujudkankan platform sukan, kebudayaan, dan seni untuk meraikan penyertaan peserta dari seluruh negara,” jelas Pengerusi Bersama GGHK, Lisa Lam.

Terdahulu, lima aktivis hak kemanusiaan di Hong Kong telah menggesa agar temasya sukan ini dibatalkan pada Jun lalu kerana merasakan pihak penganjur telah bersekongkol dengan pihak berkuasa dalam penganiayaan rakyat Hong Kong.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya