11,978 tiket telah dijual, mana lagi penyokong Harimau Malaya?

11,978 tiket telah dijual, mana lagi penyokong Harimau Malaya?

Pelbagai kain rentang dikibarkan penyokong-penyokong Harimau Malaya.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan sebanyak 11,978 keping tiket telah terjual untuk aksi Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Jumlah tiket yang terjual menunjukkan masih banyak tempat kosong di stadium kerana gelanggang keramat Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil itu mampu memuatkan lebih 80,000 penyokong.

Skuad kendalian Kim Pan Gon sememangnya menharapkan sokongan padu penyokong di laman sendiri untuk menaikkan semangat pemain dan dalam masa yang sama menghadirkan gerun buat pasukan lawan.

Aksi pertama menentang Kyrgyzstan malam ini sangat penting bagi menentukan hala tuju skuad negara dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan Pan Gon berharap sokongan peminat dapat menaikkan semangat anak-anak buahnya.

“Saya tidak boleh janjikan apa-apa kepada peminat, tetapi ini adalah laluan skuad kebangsaan untuk ke pentas Piala Dunia. Perlawanan ini sangat penting, semua pihak kena bersatu dan (penyokong) kena datang ke stadium, beri sokongan kepada kami.

“Tanpa sokongan peminat, kami bukannya sesiapa. Peminat kena datang dan berikan sokongan. Ini rumah kita, persekitaran dalam stadium perlu dipenuhi untuk takutkan Kyrgyzstan, datang dan berjuang bersama-sama,” kata Pan Gon.

Dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka pada 18 Oktober lalu, pertembungan antara Malaysia dengan Tajikistan telah dihadiri lebih 33,000 penonton.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya