TSG pancing Aiman, Sainbayar ucap selamat tinggal

TSG pancing Aiman, Sainbayar ucap selamat tinggal

Terengganu Polygon Cycling (TSG) mendapatkan pelumba pasukan kebangsaan, Nur Aiman Rosli untuk menghadapi musim 2024. (FOTO: Amir Khalid/Utusan Malaysia)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pasukan benua No. 1 Dunia, Terengganu Poygon Cycling (TSG) membuat langkah proaktif dengan menandatangani pelumba baru, Nur Aiman Rosli untuk menghadapi kalendar 2024.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Pegawai Operasi (COO) TSG, Nasiruddin Wan Idrus yang menjelaskan Aiman pernah memohon untuk menyertai pasukan itu sejak Julai lagi, namun keputusannya hanya dapat dimuktamadkan selepas mesyuarat jawatankuasa pelantikan dan kontrak kakitangan dan pelumba TSG bersidang 20 Ogos lalu.

Aiman menampilkan aksi memberangsangkan ketika mewakili skuad kebangsaan Malaysia dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 bulan lalu dengan pernah menyarung jersi putih, Pelumba Terbaik Asia ketika peringkat ketiga perlumbaan.

“Beliau menandatangani kontrak bersama TSG selama setahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember.

“Kita lihat dari sudut bakat yang ada pada beliau, kita rasa sayang kalau biarkan beliau tanpa ada pasukan yang membimbingnya.

“Pihak pengurusan TSG bersetuju memberi peluang kepada beliau dan berharap beliau dapat meberi komitmen 100 peratus untuk mewakli pasukan TSG bagi tahun 2024 dan mewakili negara di mana-mana temasya sukan akan datang,” jelasnya.

PELUMBA Pasukan Terengganu Polygon Cycling, Jambaljamts Sainbayar akan meninggalkan pasukan itu musim hadapan-UTUSAN/AMIR KHALID

Dalam masa yang sama, Nasiruddin menjelaskan pakar pendaki TSG, Jambaljamts Sainbayar bakal meninggalkan pasukan itu musim hadapan setelah dipancing pasukan baru.

Jaguh Mongolia itu mula bersama TSG sejak 2021 dan pernah meraih jersi kuning, juara keseluruhan Tour of Thailand pada tahun pertamanya bersama TSG.

“Sebagai pasukan profesional, kita akan sentiasa membuat penambah baikan dalam pasukan. Kita tidak akan menyekat jika mereka mendapat tawaran lain.

“Setakat ini Sainbayar yang telah mendapat tawaran daripada sebuah pasukan Jelajah Profesional (Pro Team), dan kita sedang dalam proses mencari penggantinya,” tambahnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya