'Tiada apa nak dimalukan kalah kepada Ulsan'

‘Tiada apa nak dimalukan kalah kepada Ulsan’

PENYERANG JDT, Heberty terjatuh ketika cuba melepasi hadangan pemain tengah Ulsan Hyundai, Darijan Bojanic dalam saingan Liga Juara-Juara Asia di Stadium Bola Sepak Munsu, Ulsan, Korea Selatan kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekalahan 3-1 kepada Ulsan Hyundai dalam aksi Liga Juara-Juara Asia kelmarin bukan sesuatu yang perlu dimalukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana jika dilihat daripada keseluruhan permainan, mereka telah memaksa lawan ‘parking bas’ di laman sendiri.

Peluang Harimau Selatan untuk lolos ke pusingan seterusnya masih ada, namun dengan syarat perlu memenangi tiga perlawanan selepas ini susulan sekadar mengutip tiga mata iaitu menang sekali dan tewas dua kali.

Bagi pengendali JDT, Esteban Solari kekalahan itu memberi pengajaran berguna kepada anak-anak buahnya dan barisan kejurulatihan.

PENYERANG JDT, Ramadhan Saifullah Usman (kiri) cuba melepasi hadangan dua pemain Ulsan Hyundai dalam saingan Liga Juara-Juara Asia.

“Kekalahan yang memberi pengajaran bermakna buat kami,” katanya selepas perlawanan ketiga Kumpulan I di Stadium Bola Sepak Munsu.

 

JDT menerima ‘kejutan’ di laman lawan, apabila dibolosi tiga gol dalam tempoh 18 minit awal permainan sekali gus menjejaskan konsentrasi pemain.

Begitupun pada babak kedua, JDT mampu mengimbangi corak permainan skuad bimbingan Hong Myung-bo tetapi Harimau Selatan terpaksa akur dengan kekalahan selepas pertahanan tuan rumah kebal bertahan.

“Satu perlawanan sukar. Malah dalam tempoh 20 minit babak pertama kami dihukum dengan gol pertama hasil ‘set pieces’ pasukan lawan dan ia menjejaskan konsentrasi dan disusuli dua lagi gol ketika penjaga gol kami (Ahmad Syihan Hazmi) tidak menyentuh bola sebaik perlawanan bermula.

“Namun selepas itu, kami mula mengimbangi perlawanan itu dan mula mencipta peluang pada babak kedua. Kami dapat jaringkan gol pada minit ke-53 tapi tidak dapat menambah jaringan dan akur dengan kekalahan.

“Kami terus bermain dengan lebih agresif di babak kedua dan kami perlu belajar dalam semua perkara menerusi perlawanan itu malah ia beri pengajaran buat kami untuk berusaha bangkit dalam perlawanan akan datang,” jelasnya.

BERGSON da Silva (kanan) cuba melepasi hadangan pemain Ulsan Hyundai dalam saingan Liga Juara-Juara Asia.

Pada perlawanan itu, Bergson berjaya mencetak gol tunggal buat JDT pada minit ke-53 namun gol awal lawan yang dijaringkan Jung Seung-hyun pada minit kelima dan dua gol menerusi Gustav Ludwigson pada minit ke-12 dan ke-18 membuat Harimau Selatan pulang dengan kekecewaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN