Terjun ada prospek pingat di Olimpik

Terjun ada prospek pingat di Olimpik

PASANGAN Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng mempertahankan pingat perak dalam 3 meter papan anjal wanita seirama wanita pada Sukan Asia di Hangzhou, Ahad lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas merasakan barisan atlet terjun sedia masih di landasan terbaik berdasarkan prestasi ditampilkan dalam Sukan Asia 2022 di Hangzhou.

Gandingan Nur Dhabitah Sabri-Wendy Ng mempertahankan pingat perak dalam 3 meter (m) papan anjal seirama wanita, Ahad lalu.
Semalam, Datuk Pandelela Rinong meraih gangsa dalam 10m platform individu wanita.

Tiga lagi gangsa diraih Nur Dhabitah-Pandelela (10m platform seirama), Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang (3m papan anjal seirama) dan Bertrand Rhodict Lises – Enrique Maccartney Harold (10m platform seirama).

Ia mengatasi prestasi mereka ketika Sukan Asia Jakarta/Palembang 2018 yang membawa pulang satu perak dan tiga pingat gangsa.

Prestasi itu melegakan Bryan yang baru menyandang jawatan ini memandangkan dua tahun lalu, skuad terjun dipalit masalah prestasi setelah pulang tangan kosong dari Olimpik Tokyo 2020.

Walaupun Bryan bakal menggalas banyak tugasan setibanya skuad negara pulang ke tanah air esok, namun baginya itu bukanlah perkara mustahil untuk mengembalikan kegemilangan terjun di pentas tertinggi dunia.

PANDELELA Rinong meraih pingat gangsa dalam 10m platform individu pada Sukan Asia di Hangzhou.

“Berdasarkan pungutan pingat kita peroleh, erjun sedang melakukan satu perkara yang bagus, tetapi ada perkara yang boleh diperbaiki lagi.

“Negara-negara lain juga sedang menunjukkan peningkatan dan kita kena analisa dari pelbagai sudut.

“Realistiknya tidak mustahil untuk kita dapat pingat di Sukan Olimpik walaupun ramai pihak merasakan harapan itu semakin pudar.

“Sebab kalau kita lihat markah yang diperoleh serta darjah kesukaran yang mereka tampilkan, kedudukan kita masih cerah, cuma halangan kita adalah untuk memecahkan dominasi China.

“Saya dan Khairul (Safwan Mansur ) kini bekerjasama, kami kena mencari semula punca asal jika kita tidak dapat keputusan yang dimahukan.

“Jika kita tidak mencari puncanya, kita tidak akan tahu masalah utama yang perlu diperbetulkan,” jelas Bryan yang dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Laporan bedah siasat prestasi skuad terjun negara di temasya ini akan diserahkan kepada Bryan bagi membolehkan dia merencanakan semula program untuk penambahbaikan di kejohanan akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya