Sukan Para Asia: Sasaran hampir pasti tercapai

Sukan Para Asia: Sasaran hampir pasti tercapai

Abu Samah Borhan dan Mohamad Yusshazwan Yusoff menamatkan penantian 13 tahun Malaysia dengan meraih pingat perak beregu lelaki tenis berkerusi roda dalam Sukan Para Asia di Hangzhou semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun mengharungi hari kelapan tanpa kilauan emas, namun kejayaan Abu Samah Borhan dan Mohamad Yusshazwan Yusoff menamatkan penantian 13 tahun Malaysia untuk meraih pingat tenis kerusi roda menceriakan kem negara dalam Sukan Para Asia di Hangzhou semalam.

Selepas melakar kejutan terbesar temasya dengan menyekat penguasaan gergasi Asia, Jepun (juara 2010, 2014, 2018) kelmarin, Abu Samah-Yusshazwan tumpas 2-6, 3-6 kepada Im Ho­won-Han Sungbong dari Korea Selatan dalam final semalam.

Biarpun gagal meraih emas, namun pulang bersama perak satu pencapaian besar, dan le­bih penting membantu kontinjen negara menghampiri sasaran 35 ­pingat keseluruhan yang diletakkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM)

Pengurus pasukan tenis kerusi roda negara, Muhd. Iqbal Sulaiman berkata, pemain me­nunjukkan peningkatan prestasi, namun suasana di gelanggang utama menyebabkan mereka agak gementar.

“Kami bukan memberi alasan, cuma pemain mungkin terkejut bila permainan mereka menjadi tumpuan sebab Korea pun bermain amat baik. Mereka dapat menyekat kemaraan kita walaupun kita hampir menang di set kedua.

“Kami gagal bawa perlawanan ke set ketiga, kami lakukan beberapa kesilapan dan memberi peluang Korea beraksi lebih baik. Kita dah menang ke atas Jepun di separuh akhir.

“Keputusan pingat perak ini sangat memuaskan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sehingga semalam, Malaysia sudah mengumpul 32 pingat ­keseluruhan hasil pungutan tujuh emas, 12 perak dan 13 gangsa. Itu bermakna, hanya tiga pingat lagi dicari bagi memenuhi sasaran.

Satu pingat sudah berada dalam genggaman apabila juara dunia tujuh kali, Cheah Liek Hou turun untuk merampas kembali emas badminton perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) yang dimenangi dalam temasya Guangzhou 2010 dan Incheon 2014.

Sandaran emas turut diletakkan di bahu jaguh lari 100 meter (m) T36 (cerebral palsy), Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang meraih tempat kedua dalam dalam separuh akhir semalam dengan catatan masa 12.17 saat (s).

Semalam, Cheah Liek Hou-Muhammad Fareez Anuar ha­nya mampu berpuas hati dengan ­pingat gangsa acara beregu selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Dhevan Anrimusthi-Hafizh Brilliansyah, 21-19, 15-21, 12-21.

Satu lagi gangsa disumbangkan menerusiUjian Masa Berbasikal trek Wanita B (masalah penglihatan), Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais bersama jurumudi­nya, Nurul Suhada Zainal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya