Sabah FC tak bayar gaji tiga bulan?

Sabah FC tak bayar gaji tiga bulan?

SABAH FC dikatakan berdepan isu tunggakan gaji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemerosotan prestasi sesebuah pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) antara punca utamanya adalah masalah gaji.
Selepas Negeri Sembilan, Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City), Kelantan dan kini Sabah FC turut terpalit dengan isu tunggakan gaji.

Difahamkan, masalah gaji skuad The Rhinos tertunggak sehingga tiga bulan.

“Memang terdapat masalah gaji dan ia sudah memasuki tiga bulan,” kata ringkas sumber dalaman pasukan Sabah kepada Mingguan Malaysia, semalam.

Dalam pada itu, tularnya satu perkongsian di Tiktok berhubung kegagalan pengurusan Sabah FC menyelesaikan gaji pemain bawah 23 kelab itu.

Individu terbabit yang tidak mendedahkan identiti dirinya mengakui dia adalah sebahagian pemain pasukan B-23 musim ini yang bertanding di Piala MFL.

Katanya, dia dan rakan sepasukannya masih belum menerima gaji bagi bulan Jun, Julai dan Ogos dengan pihak pengurusan sering berjanji untuk menyelesaikan tunggakan itu.

“Sabah FC, saya sebagai wakil pemain untuk bersuara tentang gaji kami. Bila kah dibayar tiga bulan gaji kami gaji bulan 6, 7 dan 8?

“Kami sudah penat mene­rima janji manismu pasal gaji. Apabila kami bersuara tidak dilayan, salahkah kami sebagai pemain untuk tanya gaji kami?

“Tolonglah ketengahkan tentang gaji kami. Kami pemain ada juga yang perlu pakai duit,” kata pemain itu.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan hampir separuh 14 pasukan dalam Liga Super ­mengalami masalah tunggakan gaji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN