Sabah ada strategi sekat Makassar

Sabah ada strategi sekat Makassar

ONG Kim Swee (tengah) dalam sidang akhbar di Denpasar, Bali semalam menjelang pertemuan Sabah FC dan PSM Makassar malam ini. - IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menjangkakan PSM Makassar bakal melakukan kebangkitan, pengendali Sabah FC, ­Datuk Ong Kim Swee me­rangka strategi khas untuk berdepan wakil Indonesia itu dalam saingan kedua Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali malam ini.

Kata Kim Swee, kekalahan 3-0 kepada kelab Hong Kong, Hai Phong dalam aksi pembukaan bulan lalu meletakkan Makassar pada kedudukan tidak selesa dan satu lagi kekalahan menyebabkan mereka berisiko tersingkir awal.

Sedangkan Sabah tiba di Bali dengan motivasi tinggi selepas menumpaskan ­wakil Singapura, Hougang 3-0 di Kota Kinabalu.

“Selepas tewas pada perlawanan pertama, mereka (PSM) pastinya mahu kembali lebih kuat.

“Jadi kita tidak boleh ambil mudah terutama ketika beraksi di Bali, walaupun ia bukan laman sebenar mereka,” kata Kim Swee.

Menurut bekas penge­n­dali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara itu, mereka memberi tumpuan kepada aspek latihan fizikal, teknikal dan taktikal sepanjang berada di Pusat Latihan Bali United di Pantai Purnama, Kabupaten Gianyar.

Beliau membawa 21 pemain ke Bali untuk menghadapi pasukan lawan yang digelar Juku Eja yang tiba di pulau peranginan itu pada Sabtu lalu.

Kata Kim Swee, tiga kekalahan berturut-turut yang dialami lawan mereka baik dalam Piala AFC mahu pun Liga 1 Indonesia, tidak memberikan kelebihan buat pasukannya kerana percaya PSM akan kembali meraih mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya