Perlawanan Liverpool, Tottenham mungkin diulang semula?

Perlawanan Liverpool, Tottenham mungkin diulang semula?

JARINGAN Luis Diaz yang tidak dibenarkan pengadil dalam pertemuan menentang Tottenham, Sabtu lalu mencetuskan kontroversi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kekalahan kontroversi Liverpool kepada Tottenham, Sabtu lalu mencetus desakan agar perlawanan diulang semula, namun perkara itu tidak pernah berlaku dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Reds berang apabila gol Luis Diaz di utara London tidak dibenarkan kerana ofsaid, namun selepas siasatan dilakukan, badan pengadil, PGMOL mengakui ja­ringan sepatutnya dibenarkan.

PGMOL turut memohon maaf kepada Liverpool dan melabel pegawai Video Bantuan Pe­ngadil (VAR), Darren England melakukan ‘kesilapan manusia yang jelas’.

Jika pentadbir EPL bersetuju mengadakan aksi ula­ngan, ia kali pertama perkara itu berlaku, namun bukan yang pertama dalam bola sepak Ingge­ris kerana ­pernah terjadi pada ­saingan Piala FA 1999.

Pada Februari 1999, Arsenal menentang kelab divisyen dua, Sheffield United di pusingan kelima Piala FA.

Ketika terikat 1-1, pemain baharu Arsenal, Nwankwo Kanu meledak gol kemenangan pasukannya dengan memanfaatkan bola daripada situasi fair play.

Semuanya bermula apabila penjaga gol Arsenal, Alan Kelly menendang bola keluar selepas rakan sepasukannya, Lee Morris mengalami kecederaan.

AKSI Arsenal dan Sheffield United pada Piala FA 1999 mencipta sejarah apabila diulang semula,

Ketika permainan dimulakan semula menerusi balingan Ray Parlour, Kanu memintas bola itu dan meledak gol sehingga membuat pemain Sheffield berang.

“Saya ingat, melihat lontaran jatuh (Parlour) dan tiba-tiba di­sambar Kanu lalu meledak gol.

“Terdapat banyak kekeliruan dan pemain Sheffield berang dengan tindakan Kanu. Mereka anggap ia tidak adil biarpun beberapa pemain Arsenal memohon maaf,” dedah bekas bintang Arsenal, Nigel Winterburn.

Disebabkan gol itu, laungan ‘Arsenal memalukan’ kedengaran di stadium.
Jurulatih Arsenal, Arsene Wenger dalam sidang akhbar menyuarakan hasrat supaya perlawanan diadakan semula.

Sepuluh hari selepas itu perlawanan ulangan diadakan dan Arsenal menang 2-1 tanpa kontroversi.

Liverpool pastinya berharap Tottenham melakukan perkara sama seperti aksi ulangan 1999 bagi memastikan keputusan yang adil buat kedua-dua pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya