Michelle Yeoh tidak penah terfikir jadi pelakon, mahu jadi Olimpian

Michelle Yeoh tidak penah terfikir jadi pelakon, mahu jadi Olimpian

MICHELLE Yeoh (kanan) bersama Presiden IOC, Thomas Bach selepas dipilih menjadi Ahli IOC di Mumbai, India hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI, India: Tan Sri Michelle Yeoh mendedahkan, beliau sebenarnya memasang impian untuk bergelar Olimpian sebelum menjadi bintang filem, katanya selepas dia diundi sebagai ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hari ini.

Wanita Asia pertama yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 menerusi filem Everything Everywhere All at Once” itu menambah, beliau berharap dapat menggunakan peranan baharunya bagi meneruskan kerja-kerja membantu pelarian.

Michelle adalah salah seorang daripada lapan ahli baharu yang diundi pada hari terakhir sesi IOC ke-141 di Mumbai.

Sebelum undian dilakukan,  Puteri Anne dari Britain yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Ahli IOC memperkenalkan Yeoh sebagai ‘jaguh skuasy remaja Malaysia’.

“Malangnya, kemahiran berbezanya yang lain membawa beliau jauh dari kehidupan sukan tetapi kerjaya yang sangat mengagumkan dan sepanjang tempoh itu beliau menunjukkan minat yang tinggi dalam sukan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Michelle sambul tersenyum berkata: “Saya masih ingat apabila seseorang bertanya kepada saya bagaimana anda menjadi pelakon dan saya selalu berkata ‘Saya tidak pernah bermimpi untuk menjadi seorang pelakon, tetapi sebagai seorang kanak-kanak saya sentiasa bermimpi untuk menjadi seorang Olimpian’.

“Sukan adalah sebahagian daripada hidup saya semasa membesar, saya sangat terlibat dengan skuasy, olahraga, renang dan terjun.”

Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya sebagai pelakon dan pengetahuan yang diraih sebagai duta muhibah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memainkan peranannya bersama IOC dengan lebih berkesan.

“Apabila saya melihat Pasukan Pelarian (pasukan Olimpik yang terdiri daripada atlet pelarian) ia menggerakkan saya dan saya rasa itu boleh menjadi tempat yang sangat, sangat baik untuk bermula kerana saya telah melakukannya sebelum ini.

“Di kem, memang benar, apabila anda melihat anak-anak mereka tidak mempunyai apa-apa dan anda perlu memberi mereka harapan. Entah bagaimana saya rasa sukan melakukannya.” – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN