Latif, Ziyad puas hadiahkan emas hatrik

Latif, Ziyad puas hadiahkan emas hatrik

MUHAMMAD Ziyad Zolkefli melakukan lontaran dalam acara akhir lontar peluru lelaki F20 dalam Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di Stadium Huang Long semalam. – BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muhammad ­Ziyad Zolkefli sudah melupakan kontroversi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila mempertahankan pingat emas lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) Sukan Para Asia buat kali ketiga berturut-turut semalam.

Ziyad, 33, bukan satu-satu­nya atlet negara yang mencatat kemenangan hatrik di Hangzhou, Datuk Abdul Latif Romly turut mengotakan janji untuk memenangi emas ketiga lompat jauh lelaki T20 (masalah ­pembelajaran) di Hangzhou.

Tidak hanya meraih dua emas, olahraga turut cemerlang menghadiahkan dua perak menerusi Eddy Bernard dalam 100 meter (m) T44 (kecatatan fizikal), selain Mohamad ­Aliff Awi (lontar peluru F20) dan gangsa daripada Zulkifly Abdullah (lompat jauh T20).

Begitupun prestasi Ziyad agak jauh berbanding rekod yang dipegangnya, 16.94m, edisi 2018 dengan mencatat 16.65m.

Aliff pula meraih perak dengan 13.75m, sekali gus memperbaharui catatan peribadi terbaiknya, sementara gangsa dimenangi atlet Thailand, Sanepoot Boonkong (13.67m).

MUHAMMAD Ziyad Zolkefli menunjukkan pingat emas yang dimenangi dalam acara lontar peluru lelaki F20 dalam Sukan Para Asia di Hangzhou semalam. – BERNAMA

“Saya cukup berpuas hati dengan kejayaan hari ini dan kejayaan ini saya hadiahkan buat seluruh rakyat Malaysia.

“Rasa bangga dapat membuat hatrik pada tiga temasya berturut-turut,” kata Ziyad.

Sementara itu, Latif membolot pingat emas ketiganya dalam Sukan Para Asia selepas Incheon 2014 dan Jakarta/Palembang 2018.

Latif mencatat lompatan terbaik 7.18m, sementara Zulkifly meraih gangsa (6.48m).

Dalam acara trek, Eddy cemerlang melakukan larian 100m T44 (kecatatan fizikal) dengan catatan masa 11.86 saat (s).

Lebih manis, atlet berusia 22 tahun itu memperbaiki rekod peribadinya yang tercipta dalam Sukan Para ASEAN 2023, Jun lalu dengan catatan masa 11.87s.

ABDUL LATIF ROMLY

Bernard tewas kepada atlet Sri Lanka, Maththaka Gam yang meraih emas (11.63s) sementara di tempat ketiga, atlet Arab Saudi turut mengungguli podium, Asana Nour Moh dengan catatan masa 12.07s.

Pengurus pasukan, Datuk A. Annamalai berkata latihan yang dijalani skuad olahraga sejak berkampung di Hangzhou, China pada 18 Oktober lalu berhasil membutirkan pingat yang bertali arus, sehari selepas majlis pembukaan. 

“Untuk Bernard, dia atlet yang sangat komited dan berdedikasi, langsung tiada kecederaan sebelum bertanding. Dia berlatih setiap hari memang dengan tujuan mahu memperbaiki pencapaiannya dalam Sukan APG, Jun lalu. 

“Dalam aksi tadi (semalam), dia mendahului sejauh 60m tetapi tak dapat teruskan sehingga garisan penamat kerana berjaya dicabar atlet India. Dia atlet yang hebat, saya sangat bangga dengan kejayaannya ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya