Kejayaan trio muda raih perak amat membanggakan

Kejayaan trio muda raih perak amat membanggakan

TRIO negara, Lovelly Anne Robbert,Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Niathalia Sherawinnie meraikan kejayaan memenangi pingat perak saingan kata berpasukan wanita di Hangzhou semalam. – IHSAN MAJLIS SUKAN NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun gagal memenuhi misi memenangi pingat emas dalam kata berpasukan wanita, namun kejayaan trio karate negara menghadiahkan perak Sukan Asia Hangzhou tetap amat membanggakan.

Ini kerana, gandingan Lovelly Anne Robbert, Naccy Nelly ­Evvaferra Rojin dan Niathalia Sherawinnie masih muda dan mempunyai potensi besar, kata pengurus pasukan negara, S. Sukumaran.

Aksi yang dipertontonkan trio Lovelly, Naccy dan Niathalia semalam membolehkan mereka mengumpul 39 mata, tewas kepada Vietnam yang dibarisi Nguyen Thi Phuong, Nguyen Ngoc Tram dan Luu Thi Thu Uyen (42.7 mata).

Pada Kejohanan Karate Asia di Melaka, Julai lalu, trio muda negara itu turut tumpas kepada Vietnam untuk meraih gangsa.

TRIO kata berpasukan wanita negara cemerlang menghadiahkan perak.

“Saya amat bangga sebab mereka ketiga-tiganya baru berusia 19 tahun. Sangat muda. Ini kejayaan luar biasa, mereka telah lakukan persembahan yang terbaik.

“Ini juga kali pertama kata berpasukan dipertandingkan dalam Sukan Asia, sudah tentu kemenangan pingat perak ini amat bermakna untuk skuad karate negara.

“Secara keseluruhan, saya boleh katakan dari tahun lalu, membawa ke tahun ini dalam Kejohanan Asia (Julai) dan sekarang Sukan Asia, trio kata Malaysia menunjukkan perubahan mendadak yang sangat banyak. Buktinya boleh dilihat pada pingat yang mereka dapat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Malaysia layak ke pusingan akhir selepas menewaskan Brunei di separuh akhir dengan pungutan mata 38.80 berbalas 38.20.

Bagi Lovelly, ini adalah pingat perak kedua yang diraih di Hangzhou selepas muncul naib juara dalam saingan kata individu wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya