Ini baru betul JDT - Solari

Ini baru betul JDT – Solari

AKSI JDT (jersi putih) ketika menentang Pathum United dalam saingan Liga Juara-Juara Asia di Bangkok semalam. - IHSAN PATHUM UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan mengesahkan kejuaraan ke-10 Liga Super berturut-turut, Rabu lalu jelas memberi tonik kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk bangkit mencipta kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia.

Kemenangan 4-2 ke atas BG Pathum United semalam nyata memberi kelegaan kepada pengendali Harimau Selatan Esteban Solari selepas anak buahnya bermula langkah kiri sewaktu tunduk 0-1 kepada Kawasaki Frontale pada aksi pembukaan Kumpulan I yang berlangsung cukup sengit.

Semangat juang tinggi ditunjukkan para pemain JDT membuktikan mereka berada di kelas tersendiri meskipun terlebih dahulu ketinggalan seawal minit kelima susulan gol penalti daripada Victor Cardozo namun bangkit dengan empat gol untuk mencatat kemenangan bergaya.

“Kami tidak sabar untuk bermain selepas kekalahan kepada Kawasaki Frontale kerana kami tahu mampu beraksi lebih baik. Hari ini adalah ujian untuk kami, dan pasukan bermain dengan hebat.

“Saya sangat bangga dengan pasukan dan pemain. Hari ini (kelmarin), kami menunjukkan kami bermain dengan baik dan keupayaan untuk bermain di BG Pathum,” katanya.

Arif Aiman Hanapi (kanan) bersaing dengan pemain BG Pathum United dalam aksi Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia di Stadium BG, Thanyaburi, Thailand. – IHSAN BG Pathum United

Pengendali berusia 43 tahun dari Argentina itu, turut mengakui gol pertama BG Pathum menjadi ‘butang’ kebangkitan pasukannya.

“Apabila anda ketinggalan 1-0, ia bagus untuk kami kerana anda mesti menunjukkan watak untuk memenangi perlawanan di tempat lawan. Itulah sebabnya saya berkata saya bangga dengan pemain. Saya lebih gembira dengan prestasi pasukan,” katanya.

Mengulas mengenai aksi cemerlang Arif Aiman Hanapi yang meledak dua gol termasuk masing-masing satu gol disumbangkan Bergson dan Juan Muniz, Solari tidak terkejut dengan kemampuan dimiliki bintang muda negara itu.

“Kami tahu apabila mempunyai bola dan ruang dan miliki pemain seperti Arif, Heberty, Hong Wan, Bergson, kami tahu bahawa kami boleh pergi ke semua ruang untuk menyerang. Ini menunjukkan taktikal berfungsi dengan baik.

“BG Pathum juga mempunyai ramai pemain yang berkualiti tetapi kami bermain lebih baik dalam perlawanan ini,” jelasnya.

Juara 10 kali Liga Super berturut-turut itu akan bertandang ke Korea Selatan untuk menentang Ulsan Hyundai bagi aksi ketiga Kumpulan I pada 8 Oktober 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya