Hasrat skuad futsal beraksi di Piala Asia Futsal 2024 terkubur

Hasrat skuad futsal beraksi di Piala Asia Futsal 2024 terkubur

SKUAD futsal negara tumpas 3-4 kepada Uzbekistan dalam aksi kedua kelayakan Piala Asia Futsal 2024.- Gambar: Ihsan FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Futsal Malaysia terpaksa melupakan impian untuk beraksi di Piala Asia Futsal 2024 selepas tumpas kepada tuan rumah, Uzbekistan 3-4 pada perlawanan kelayakan kedua yang berlangsung di Kompleks Sukan Samo, Fergana, sebentar tadi.

Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut dihadapi anak buah Rakphol Sainetngam dimana mereka tunduk 1-2 kepada Iraq dalam perlawanan pertama, sekali gus menutup peluang untuk beraksi di pusingan akhir pada April tahun hadapan di Bangkok, Thailand.

Biarpun tewas, anak-anak buah Rakphol memberikan saingan yang cukup hebat kepada Uzbekistan yang sememangnya berkelas dunia dan berkedudukan ranking lebih baik dan turut membariskan sembilan pemain ketika mereka layak ke pusingan 16 Piala Dunia 2021 di Lithuania.

Dalam perlawanan itu, barisan pemain Malaysia berjaya menyerap tekanan berikutan taktikal pemain Uzbekistan yang cukup baik terutamanya pada separuh masa pertama.

Uzbekistan membuka tirai jaringan menerusi Ikhtiyor Ropiev pada minit ke-18, tidak lama selepas itu, anak-anak buah Bakhodir Akhmedov berjaya menambah jaringan menerusi Davron Choriev (m-27, m-38), Elbek Tulkinov (m-32).

Pemain muda negara, Syahir Iqbal, 18 , membuktikan dia berada dalam kelas tersendiri apabila meledak hatrik (m-33,m-38, m-39) dalam perlawanan tersebut untuk skuad negara namun, ia belum cukup untuk menundukkan Uzbekistan.

Biarpun tewas dalam dua perlawanan pertama, banyak perkara positif yang ditampilkan skuad negara biarpun lawan berada di ranking lebih baik dan Malaysia berpeluang untuk menebus maruah dalam perlawanan terakhir menentang kemboja pada Rabu ini.

Sebanyak 16 pasukan iaitu lapan pasukan juara kumpulan saingan kelayakan, tujuh pasukan tempat kedua terbaik serta tuan rumah, Thailand akan layak ke pusingan akhir Piala Asia Futsal 2024.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya