Harimau Malaya kekal main di Bukit Jalil lawan Kyrgyzstan

Harimau Malaya kekal main di Bukit Jalil lawan Kyrgyzstan

PEMAIN negara, Akhyar Rashid membetulkan rumput yang tercabut ketika menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kekal menjadi pilihan utama untuk aksi pembukaan Kumpulan D. pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 membabitkan pertembungan Malaysia dan Kyrgyzstan pada 16 November ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihaknya mempunyai beberapa alternatif lain sekiranya Kyrgyzstan menolak untuk beraksi di stadium berkenaan.

“Setakat hari ini kekal berlangsung di SNBJ, namun kita sentiasa memikirkan alternatif tapi buat masa ini tiada keperluan lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang akhbar pelancaran program Road To Doha bersempena Piala Asia 2023 di sini semalam.

Sebelum ini, peminat bola sepak tempatan tertanya-tanya di stadium mana Harimau Malaya akan beraksi sebagai tuan rumah bagi  pusingan kedua Kelayakan Piala Asia/Piala Dunia 2026 kerana keadaan padang di SBNJ kelihatan masih belum bersedia.

Keadaan rumput baharu jenis Zeon Zoysia di SBNJ ketika aksi Pestabola Merdeka 2023 mengundang kritikan banyak pihak kerana disifatkan masih belum bersedia untuk perlawanan kerana kelihatan tercabut dan ‘koyak’ ketika perlawanan berintensiti tinggi.

Pada Jumaat lalu, aksi anak-anak buah Kim Pan Gon dilihat terjejas akibat keadaan padang biarpun mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas India, situasi sama juga berulang ketika aki final yang menyaksikan skuad negara tewas 0-2 kepada Tajikistan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN