‘Ekor harimau’ terbang ke Doha

‘Ekor harimau’ terbang ke Doha

ULTRAS Malaya sentiasa menjadi penyokong setia buat skuad kebangsaan setiap kali Malaysia beraksi di pentas antarabangsa. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih ramai ‘ekor harimau’ bakal mengiringi skuad bola sepak kebangsaan dalam Piala Asia tahun depan apabila pakej istimewa ditawarkan kepada mana-mana penyokong yang mahu ke Qatar, Januari nanti.

Program Road To Doha yang merupakan kerjasama antara Mfast Resources Holdings Sdn. Bhd. dan Malaysia Airlines (MAS) bakal menawarkan pakej lengkap buat penyokong meliputi tiket penerbangan, pe­ngangkutan, tiket perlawanan, penginapan dan makanan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, pakej yang ditawarkan selaras dengan harapan penyokong setia Harimau Malaya ketika sesi ‘TownHall’ bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin sebelum ini.

Jurucakap Mfast Resources, Khairul Effendy Abdullah berkata, pakej Road To Doha boleh dibeli bermula hari ini secara dalam talian di www.mfasport.com. dan ­jualan dibuka sehingga 7 November.

“Pakej bermula pada harga RM1,838 sehingga ke RM11,500. Tawaran meliputi beberapa aspek tertentu seperti berapa perlawanan yang ingin ditonton.

“Kami menyasarkan sekitar 300 hingga 400 orang penyokong yang akan turut serta dalam program ini,” katanya.

Sementara itu, Capo Ultras Malaya (UM), Lekir  Ahmad mengesahkan, beliau dan komrad UM akan terbang ke Doha secara sendiri tanpa mengambil pakej Road To Doha bagi memberi peluang kepada penyokong yang lain.

“UM sememangnya sudah isytihar yang kita tidak akan ambil pakej ini kerana kebanyakan daripada kami sudah membeli tiket dan ada tempat penginapan, tetapi kami tidak menolak sekiranya ada sesetengah individu yang mahu mengambil pakej ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, FAM akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) susulan tawaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah kepada Palestin dalam kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan. 

Kelmarin, Algeria menawar diri untuk menjadi tuan rumah, namun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak memberikan kebenaran atas alasan Algeria berada di Afrika dan Palestin perlu memohon venue neutral baharu di Asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN