Tak guna jadi ‘Leader’ kalau lembik ikut cakap orang- TMJ

Tak guna jadi ‘Leader’ kalau lembik ikut cakap orang- TMJ

TUNKU MAHKOTA ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengkritik pemilik Selangor FC dan pengurusan kelab itu selepas tersingkir daripada saingan Piala Malaysia musim ini.

Perjalanan Selangor tersekat di suku akhir selepas tumpas secara agregat 3-1 kepada Terengganu FC, dalam perlawanan timbal balik skuad kendalian Tan Cheng Hoe terikat 1-1 manakala dalam aksi pertama mereka tewas 2-0.

Bukan sahaja tersingkir, perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam turut dicemari insiden tidak sepatutnya apabila pemain import Selangor, Yazan Al Arab menendang pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir.

Susulan kegagalan skuad Gergasi Merah mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia, Tunku Ismail menerusi laman Instagramnya telah mengkritik pemilik Selangor FC dengan berkata, ‘Tak guna jadi Leader kalau lembik ikut cakap orang.’

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu pada masa yang sama turut memuat naik foto pihak pengurusan yang didakwa sebagai punca kegagalan kelab dari Lembah Klang itu.

“Yang membuat semua keputusan dan beli ‘players’ pihak pengurusan, jadi buat apa nak salahkan ‘coach’?. Cuba pakai otak. Lebih teruk lagi apabila ada owner tak tahu apa-apa pasal bola sepak,” kata Tunku Ismail.

Dalam pada itu, Tungku dalam satu lagi hantaran turut mendedahkan bahawa kelan berkenaan memperoleh dana berjumlah RM45 juta dari kerajaan setiap tahun, namun masih gagal untuk mendapatkan kejayaan.

“RM45 juta duit kerajaan setiap tahun. lapan tahun tiada apa-apa dan hanya scam penyokong sendiri. Lapan tahun hina pengurusan lama tetapi claim kejayaan mereka.

“Lapan tahun mendabik dada. Lapan tahun cepat berpuas hati. Lapan tahun baling batu sembunyi tangan. Lapan tahun ‘create hype’, dan apabila gagal ‘play victim’/berpura-pura jadi mangsa dibuat orang.

“Lapan tahun diuruskan kaki scam duit kerajaan. Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul. Tahniah RMS, Izhar, Johan, Farouk, Aladin dan Simon,” kata Tunku Ismail.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya