Sukan Asia: Malaysia ke separuh akhir skuasy berpasukan lelaki

Sukan Asia: Malaysia ke separuh akhir skuasy berpasukan lelaki

BARISAN pemain Malaysia (dari kanan) Ivan Yuen, Addeen, Eain Yow dan Syafiq bergambar bersama para pemain Thailand sebelum perlawanan Kumpulan B Sukan Asia di Hangzhou, China, bermula, hari ini. - Ihsan SRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi Malaysia untuk memburu pingat emas skuasy berpasukan lelaki Sukan Asia Hangzhou kekal di landasan terbaik apabila mengesahkan tiket ke separuh akhir hari ini.

Turun sebagai juara bertahan, pasukan negara mudah membenam Thailand 3-0 dalam aksi Kumpulan B di Pusat Sukan Olimpik, Hangzhou.

Malaysia mengutip mata pertama menerusi Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar yang hanya memerlukan 10 minit untuk menewaskan Ravipun Limphaiboon 11-4, 11-1, 11-1.

Rentak kemenangan skuad kebangsaan diteruskan Ng Eain Yow yang hanya memerlukan  12 minit untuk mengalahkan Arkaradet Arkarahirunya 11-4, 11-1, 11-4.

Mohamad Syafiq Kamal yang diletak selaku perseorangan ketiga turut tidak berdepan masalah menundukkan Natthapat Theerasilp 11-1, 11-1, 11-2 dalam masa 13 minit.

Kemenangan ke atas Thailand yang menurunkan pemain remaja mereka, menyaksikan Malaysia melakar kemenangan keempat.

Begitupun esok, laluan getir bakal menanti Malaysia apabila berdepan Hong Kong dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Malaysia perlu mengalahkan Hong Kong untuk muncul juara Kumpulan B, sekali gus mengelak bertemu India yang hampir pasti menjuarai  Kumpulan A di separuh akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya