Selangor tersingkir saingan Piala Malaysia

Selangor tersingkir saingan Piala Malaysia

PEMAIN Selangor FC, Ayron Del Valley cuba melepas kawalan pemainTerengganu FC dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara 33 kali, Selangor FC tersingkir daripada saingan Piala Malaysia musim ini apabila tumpas secara agregat 3-1 kepada Terengganu FC di peringkat suku akhir.

Dalam aksi timbal balik sebentar tadi, Selangor terikat 1-1 dengan Terengganu, sekali gus menyaksikan pasukan skuad Sang Penyu mara ke peringkat separuh akhir.

Terengganu hadir ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini dengan bekalan dua jaringan selepas menang 2-0 dalam perlawanan pertama pada 16 September lalu.

Selangor turun dengan misi mencari gol awal bagi memadam kelebihan dimiliki Terengganu, mereka mengasak kubu lawan dengan beberapa gerakan dan percubaan sejak wisel permainan dibunyikan.

Bagaimanapun, skuad kendalian Tan Cheng Hoe gagal memecah kebuntuan biarpun dihidangkan dengan beberapa peluang terbaik untuk menggegarkan jaring pelawat.

Sebaliknya, Terengganu berjaya menambah derita Selangor apabila Ivan Mamut menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-24 selepas Safuwan Baharudin menjatuhkan Nor Hakim Hassan.

Safuwan bagaimanapun menebus kesilapannya apabila menanduk masuk bola sepak penjuru Faisal Halim pada minit ke-69 untuk merapatkan jurang agregat jaringan menjadi 3-1.

Bagaimapun, jaringan berkenaan tidak cukup untuk menyelamatkan naib juara Piala Malaysia musim lalu itu daripada tersingkir di peringkat suku akhir.

Situasi agak tegang selepas wisel penamat dibunyi apabila Yazan Al Arab dilayangkan kad merah selepas mempertikaikan keputusan pengadil, Mohd. Hasrol Mohd. Amir.

Terengganu akan berdepan Kuala Lumpur City (KL City) FC di peringkat separuh akhir selepas skuad Warga Kota itu berjaya menumpaskan Sri Pahang dengan agregat 2-1 dalam perlawanan petang tadi.-UTUSAN ONLINE

alert(“Naga hitam”);

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya