Permulaan positif tapi belum cukup bagus - Kim Swee

Permulaan positif tapi belum cukup bagus – Kim Swee

DARREN Lok (kiri) meraikan jaringannya ketika membantu Sabah FC menumpaskan Hougang United dalam aksi Piala AFC di Stadium Likas semalam. - IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memuji semangat juang tinggi yang ditunjukkan anak buahnya ketika melakar kemenangan 3-1 ke atas wakil Singapura, Hougang United pada aksi pembukaan Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Likas semalam.

Meskipun terpaksa bermain dalam keadaan sukar kerana hujan lebat dan padang basah namun mereka masih mampu memberi aksi terbaik namun masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki segera jika mahu melangkah lebih jauh di saingan Asia itu.

“Ianya satu permulaan yang positif dimana dalam keadaan yang kurang baik kita dapat keputusan yang diinginkan tetapi masih banyak perlu diperbaiki terutama dari segi penyudah dan ini perlu diperbaiki jika kita ingin layak ke peringkat seterusnya.

“Dengan keadaan padang yang tidak begitu elok dan permukaan yang licin, ianya sedikit merencatkan perancangan kita namun kita masih dapat dua gol dari ‘set piece’ dan pemain tunjuk semangat juang dalam perlawanan ini selepas dibolosi,” katanya.

Kim Swee juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir dan sanggup berhujan bersama pemain bagi menjadi pembakar semangat serta saksi kemenangan Sabah di peringkat Asia.

“Saya juga ingin ucapkan terima kasih pada penyokong yang setia meskipun dalam keadaan hujan. Mereka adalah penyokong yang penting bagi kita di sini dan ini akan beri banyak motivasi kepada semua pemain yang diturunkan,” ujarnya.

Bekas jurulatih kebangsaan itu, enggan terlalu awal menilai prestasi pasukannya dalam kejohanan ini tetapi dia optimis mereka mampu melangkah lebih jauh sekiranya dapat memperbaiki beberapa perkara yang sudah pun dikenalpasti.

“Kita tidak boleh mengambil mudah walaupun mendahului dan perlu berdisiplin. Pemain berjaya tunjuk disiplin yang tinggi meskipun gagal manfaat peluang tetapi mereka tetap cuba untuk dapatkan gol tetapi saya percaya kita mampu memperbaikinya.

“Buat masa ini masih terlalu awal untuk menilai kerana masih banyak lagi perlawanan dan untuk memastikan kita mencapai objektif atau pun tidak adalah pada hujung musim untuk kita lihat keputusannya dan perbaiki untuk musim hadapan,” jelasnya.

Dalam aksi itu dua jaringan Darren Lok dan satu sumbangan Gabriel Peres sudah cukup untuk memberikan Sabah tiga mata penuh, seterusnya menduduki tangga teratas Kumpulan H menjelang aksi kedua bertemu PSM Makassar di Bali pada 5 Oktober nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN