Pahang Rangers bangkit julang Piala Futsal Malaysia 2023

Pahang Rangers lakar kebangkitan julang Piala Futsal Malaysia 2023

Pemain Pahang Rangers, Sergio Jamur cuba melepasi kawalan pemain Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Futsal Malaysia 2023 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini. (FOTO: ihsan Pahang Rangers)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pahang Rangers mengesahkan status mereka sebagai Raja Futsal Malaysia apabila menumpaskan Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan final Piala Futsal Malaysia 2023 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.

Ini merupakan perlawanan final ulangan setelah Pahang Rangers berjaya menewaskan JDT bagi perebutan kejuaraan Liga MPFL bulan lalu.

Bagaimanapun JDT yang lebih agresif apabila di depan seawal minit ketiga menerusi rembatan kencang Ekmal Shahrin.

Pahang Rangers yang dikendalikan Gerard Casas kembali menyamakan kedudukan pada minit ke 17 setelah Ridzwan Bakri bijak memperdayakan penjaga gol JDT, Aiman Fikry Ramli untuk menutup babak pertama dengan keputusan 1-1.

Aksi semakin sengit di separuh masa kedua dengan JDT menambah dua lagi jaringan, masing masing menerusi Ekmal pada minit ke 23 dan Azwann Ismail pada minit ke 36.

Tatkala JDT diambang kemenangan, Pahang Rangers melakar kebangkitan untuk menyamakan kedudukan dalam tempoh empat minit, bermula dengan jaringan sendiri pemain JDT, Saad Sani pada minit ke 37 sebelum Ridzwan menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke 39.

Malang buat JDT apabila Ekmal mengutip kad kuning kedua sekaligus dilayangkan kad merah dan terpaksa meninggalkan gelanggang setelah melakukan kekasaran terhadap Penjaga gol Pahang Rangers, Zainulzahin Sinuan.

Pahang Rangers berpeluang untuk menamatkan perlawanan lebih awal, bagaimanapun sepakan penalti yang diambil Sergio Jamur gagal untuk menewaskan Aiman sekaligus perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Begitupun Jamur kembali menemui sasaran apabila hanya memerlukan dua minit sahaja di masa tambahan untuk meletakkan Pahang Rangers di hadapan dengan keputusan 4-3, namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Awaluddin Mat Nawi menyamakan kedudukan dua minit kemudian untuk keputusan menjadi 4-4.

Drama terus menyelubungi perlawanan ini apabila JDT tidak berpuas hati apabila jaringan Firdaus Ambiah pada saat akhir tidak dikira setelah wisel penamat sudah ditiup pengadil lebih awal.

Situasi ini cetus ketegangan kerana perlawanan kini diheret ke penentuan sepakan penalti.

Zainulzahin bertindak cemerlang untuk menjadi wira pasukannya setelah menyelamatkan sepakan pemain JDT untuk Pahang Rangers meraih kejuaraan berganda setelah menang penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3-1.

Terdahulu, Selangor MAC memastikan tempat ketiga menjadi milik mereka setelah menumpaskan Terengganu 7-2 dalam aksi penentuan tempat ketiga/keempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya