Menukar Elavarasan bukan penyelesaian

Menukar Elavarasan bukan penyelesaian

E. ELAVARASAN (dua, kanan) membawa Malaysia layak ke Piala Asia B-23 di Qatar tahun dengan selepas muncul empat naib juara terbaik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun terdapat banyak desakan agar jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, E. Elavarasan ditukar menjelang pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 di Qatar, namun bekas penyerang kebangsaan, Rudie Ramli percaya, langkah itu tidak perlu.

Rudie mengakui, skuad muda negara mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, namun menukar Elavarasan bukan penyelesaian terbaik.

Biarpun berjaya layak ke Piala Asia B-23 buat kali ketiga, namun peminat bola sepak negara kecewa dengan permainan Malaysia di bawah Elavarasan yang dianggap perlahan dan ketinggalan.

AKSI Malaysia ketika membelasah Filipina 4-0. – IHSAN FAM

“Kita kena bangga dengan apa yang telah dibuat oleh Elavarasan.

“Saya akui, banyak lagi perkara perlu diperbaiki tapi kita sangat bangga dengan pencapaian ini.

“Semasa lawan Bangladesh, kita mula buat jaringan pun pada minit 60 ke atas, dan dengan ­Filipina, saya anggap mereka bukan lawan kita. Kemudian Thailand, kita beri tentangan tapi saya hairan kenapa jentera serangan kurang beri ancaman.

“Daripada segi kejurulatihan, saya harap peminat tidak menghukum Elavasaran. Saya yakin dia ada falsafah tersendiri mencorak skuad.

“Walaupun ada kritikan untuk jurulatih ditukar, itu hanya menambah beban kerana baik kepada pemain atau jurulatih, mereka semua perlu bermula dari awal sekali lagi untuk cari keserasian dan penilaian yang lebih mendalam.

“Bagi saya, tempoh tujuh bulan ini kita biarkan Elavarasan buat apa yang dirasakan terbaik, sebab undian (Piala Asia B23) pun belum dilakukan. Beri dia ruang membaik pulih kesalahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Malaysia menamatkan kempen Kumpulan H dengan muncul naib juara selepas kalah 1-0 kepada tuan rumah, Thailand, menewaskan Bangladesh 2-0 dan membenam Filipina 4-0.

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

Ketika ditanya mengenai prestasi dua pemain yang beraksi di liga luar, Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine yang dilihat kurang memberi sumbangan bahkan tidak menghasilkan gol, Rudie berkata kualiti mereka kurang terserlah hanya kerana tidak terlibat dengan kem latihan.

“Baik Luqman atau Nooa, mereka memang bagus, tetapi kita tidak tahu adakah mereka disenaraikan dalam kesebelasan utama atau hanya pemain ganti dari kerusi simpanan semasa bermain dengan kelab mereka.

“Saya rasa persiapan selepas ini, mereka masih wajar dipanggil supaya dapat sertai perlawanan persahabatan dan mencipta keserasian dengan pemain lain. Dari segi kredibiliti, sudah tentu kita harapkan mereka lebih baik daripada pemain yang beraksi dalam liga tempatan dan mereka perlu buktikan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya