Kriket wanita kejutkan Hong Kong, mara ke suku akhir Sukan Asia

Kriket wanita kejutkan Hong Kong, mara ke suku akhir Sukan Asia

Skuad kriket wanita negara memulakan kempen Sukan Asia 2022 dengan mengejutkan pasukan No. 22 dunia, Hong Kong di Hangzhou bulan lalu. - IHSAN MCA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad kriket wanita negara memulakan kempen Sukan Asia 2022 dengan langkah kanan apabila mengejutkan pasukan No. 22 dunia, Hong Kong menerusi 22 larian untuk mara ke suku akhir acara T20 di Hangzhou hari ini.

Dalam aksi di Padang Pingfeng Universiti Teknologi Zhejiang, Malaysia yang menghuni ranking ke-28 mengungguli Kumpulan B yang hanya dibarisi dua pasukan untuk menempah bertemu sama ada India, Pakistan, Sri Lanka atau Bangladesh di peringkat lapan terbaik. Undian akan dilakukan esok.

Malaysia memulakan pukulan dengan melakukan 104 larian dalam 9 overs manakala Hong Kong merakamkan 82 larian dalam 10 overs.

Berdasarkan ranking T20 Asia yang dikeluarkan Majlis Kriket Antarabangsa (ICC), Malaysia menghuni tempat kelapan berbanding Hong Kong di tempat ketujuh.

Ketua pasukan, Winifred Anne Duraisingam beraksi cemerlang buat Malaysia dengan mencatat 29 larian dan satu wiket.

Mahirah Izzati Ismail dan Wan Julia Wan Rosli mencatatkan 27 serta 24 larian.

Pengurus pasukan V. Vijayalingam berkata gadis Malaysia itu menunjukkan perwatakan untuk mengecewakan Hong Kong.

“Kami telah mencapai sasaran suku akhir, apa yang diraih selain daripada itu adalah bonus,” kata pengurus pasukan negara, V. Vijayalingam.

Hong Kong akan bertemu Mongolia esok untuk memburu tiket terakhir ke peringkat suku akhir.

Empat negara teratas ranking ICC T20  iaitu India, diikuti juara bertahan, Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh melayakkan diri secara automatik ke peringkat lapan terakhir.

Thailand yang layak ke suku akhir selaku pasukan kelima terbaik dalam ranking ICC T20 akan disertai Malaysia, Indonesia dan pemenang antara Hong Kong atau Mongolia.

Dalam perlawanan Kumpulan A hari ini, Indonesia membelasah Mongolia dengan 172 larian untuk menempah tempat ke suku akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya