Kecederaan Azizulhasni tidak kritikal

Kecederaan Azizulhasni tidak kritikal

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL:  Semangat jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk memburu pingat di Sukan Asia tidak pernah padam biarpun mengalami kecederaan sewaktu menjalani latihan Jumaat lalu.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib berkata, kecederaan yang dialami oleh Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman dilaporkan tidak kritikal.

“Sukan berbasikal sememangnya berisiko tinggi kerana mudah tergelincir namun, Azizulhasni tidak mengalami kecederaan kritikal yang boleh menjejaskan penyertaan di Sukan Asia.

“Terdapat luka-luka pada kulit dan saya difahamkan proses pemulihannya boleh berlaku dalam jangka waktu pantas dan sempat pulih sepenuhnya sebelum pertandingan.

“Saya diberitahu, pada Isnin (hari ini) Azizulhasni akan menjalani pemeriksaan di Institut Sukan Negara (ISN) dan kami akan diberi maklumat kedudukan terkini pelumba itu,” kata Nazifuddin ketika ditemui pemberita semalam.

Terdahulu Nazifuddin menghadiri majlis Flag Off Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou di perkarangan Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Semalam, Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Chong Kim Fatt bersama seorang pegawai MOM dan 15 atlet kriket wanita menjadi wakil pertama negara berlepas ke Hangzhou, China untuk menyertai Sukan Asia.

Pasukan kriket wanita akan membuka saingan menentang Hong Kong esok.

CDM dan skuad kriket wanita berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki tujuh kenderaan yang ditaja Proton-Geely, iaitu jenama penaja rasmi Sukan Asia Hangzhou 2022.

Dalam pada itu,  Timbalan Pengarah Pemasaran dan Jaringan Sokongan Proton Malaysia, Steven Zhou Qi berkata, pihaknya berbangga apabila dipelawa untuk memberi sokongan kepada kontinjen negara ke Sukan Asia.

“Saya berbangga kerana kami boleh membantu memberi sokongan kepada kejayaan atlet kita ke China.

“Ianya bukan kerana Proton tapi juga Malaysia, jadi kami berasa ini satu penghormatan dan kami menanti kontinjen negara melakar sejarah di Sukan Asia ke-19,” kata Steven.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya