Guardiola ganti Southgate bimbing England?

Guardiola ganti Southgate bimbing England?

PEP GUARDIOLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gareth Southgate sudah mempunyai tarikh untuk melepaskan jawatan sebagai pengurus England, dan Pep Guardiola menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris bagi mengisi kekosongan itu.

Kontrak Southgate bersama The Three Lions akan tamat selepas Kejohanan Eropah (Euro) 2024, manakala kontrak Guardiola bersama Manchester City tamat setahun selepas itu pada 2025.

Menurut Daily Mail, FA akan cuba memujuk bekas pemain Sepanyol itu menduduki kerusi panas England, dengan pelantikannya dianggap sebagai impian oleh sesetengah pihak di FA.

Laporan itu menjelaskan bagaimana Presiden FA membincangkan calon pengganti Southgate sekiranya dia berundur selepas Piala Dunia Qatar 2022.

GARETH SOUTHGATE

Pengarah teknikal FA, John McDermott bertemu rakan sekerja untuk membincangkan bakal pengganti sebelum kejohanan Qatar, di mana England berjaya mara ke suku akhir.

Antara nama yang dibincangkan ialah Eddie Howe, Graham Potter, Mauricio Pochettino dan Brendan Rodgers.

FA dikatakan sedar tentang ketidaktentuan yang kini menyelubungi kedudukan England berikutan Kejohanan Eropah musim panas akan datang.

Mereka sebelum ini berbincang mengenai empat pengurus terbabit tetapi kini FA berminat untuk mendapatkan Guardiola.

Sokongan umum Guardiola terhadap kemerdekaan Catalan mungkin menghalangnya daripada ditawarkan jawatan sebagai pengendali Sepanyol.

Bagaimanapun, gaji Guardiola menimbulkan masalah untuk membawanya ke pasukan England berikutan impak berterusan Covid-19 ke atas poket FA, dengan kerugian dilaporkan sebanyak 300 pound juta (RM1.76 bilion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya