Buru emas sepak takraw Sukan Asia bukan sembang kosong

Buru emas sepak takraw Sukan Asia bukan sembang kosong

PEMAIN sepak takraw kebangsaan mendengar amanat Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Asia selepas sesi latihan di Bukit Jalil semalam. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten sepak takraw negara, Syahir Rosdi menegaskan, misi membawa pulang pingat emas dari Sukan Asia 2022 di Hangzhou bukan omong kosong, malah tidak mustahil mereka mampu meraih lebih dari satu emas.

Syahir masih mempunyai dendam yang belum terlunas khususnya ter­hadap perejam terbaik dunia, Pornchai Kaokew dari Thailand yang telah memenangi lapan pingat emas Sukan Asia akan ­beraksi buat kali terakhir di Hangzhou.

Lapan tahun lalu, Malaysia pernah menumbangkan Thailand dalam perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Siri Super yang berlangsung di Melaka pada 2015 dengan keputusan 21-7, 21-19.

Syahir secara peribadi telah merentap ego Thailand apabila dia bersama Azlan Alias dan Amirul Zazwan Zainal menewaskan salah satu regu Gajah Perang itu dalam acara regu berpasukan sebelum Malaysia akur tewas 1-2 dalam aksi akhir Sukan SEA Kemboja Mei lalu.

“Pemain dan jurulatih komited 120 peratus dan kami nak buat sesuatu di Sukan Asia kali ini. Kami sasarkan dua emas walaupun Thailand mengambil bahagian.

“Macam mana sekalipun kami akan cuba sedaya upaya dan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan dua emas ini.

“Kami pernah menewaskan Thailand dan kejayaan itu mampu diulangi,” kata Syahir.

“Semangat kami tengah membara nak menang. Lagipun yang pergi ke Sukan Asia bukan calang-calang, semuanya pemain terbaik di Malaysia,” jelas Syahir.

MALAYSIA turun ke Sukan Asia di Hangzhou dengan misi mempertahankan pingat emas antara regu yang dimenangi di Palembang 2018.

Servis Syahir bakal menjadi kunci Malaysia untuk mempertahankan pingat emas acara regu di Hangzhou memandangkan pada temasya di Jakarta/Palembang, dia gagal menampilkan aksi terbaik sebelum kelibatnya digantikan dengan Zulkifli Abdul Razak di pentas final.

“Semua 12 pemain Thailand memang sempurna tetapi kami ada strategi untuk mendapat mata dan memenangi set,” tambahnya.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam dua acara sahaja di Sukan Asia Hangzhou iaitu  antara regu yang menyaksikan skuad negara berhadapan dengan Singapura dan Vietnam dalam Kumpulan A.

Dalam berpasukan pula, Malaysia diundi bersama Indonesia dan Korea Selatan dalam Kumpulan B.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya