LONDON: Pengurus Burnley, Vincent Kompany sedia menambah derita Manchester United dan tidak mengambil peduli krisis dalaman yang melanda kelab itu.
United akan bertandang ke Turf Moor dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) esok bersam reputasi tewas tiga perlawanan berturut-turut (semua pertandingan).
Kelmarin Red Devils tewas 4-3 kepada Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara di Jerman, dan sebelum itu mereka kalah 1-3 kepada Brighton serta Arsenal dalam saingan EPL.
Biarpun akan berdepan lawan yang sedang berdepan krisis, namun Kompany lebih berminat fokus kepada pasukannya kerana mereka sendiri melalui kemarau kemenangan dalam empat perlawanan.
“Kami menilai Manchester United dengan cara sepatutnya, berdasarkan kekuatan kami, kekuatan lawan dan kelemahan mereka.
“Saya pernah berada di kelab besar dan tahu keadaannya apabila tewas beberapa perlawanan.
“Tekanan boleh meningkat tapi saya tidak berminat bercakap mengenainya, saya hanya fokus terhadap persediaan menghadapi United dalam padang,” kata bekas kapten Manchester City itu. – AGENSI