Bellingham menyerlah bantu England tumpaskan Scotland

Bellingham menyerlah bantu England tumpaskan Scotland

JUDE Bellingham (tengah) meraikan gol kedua England bersama rakan sepasukan ketika menentang Scotland dalam aksi persahabatan di Hampden Park, Glasgow. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW: Jude Bellingham menyerlah dengan meledak satu gol dan melakukan umpanan untuk Harry Kane ketika membantu England menumpaskan Scotland 3-1 dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Bintang tengah Real Madrid itu memulakan musim ini dengan prestasi luar biasa, namun dia memuji rakan-rakan sepasukan kerana memberinya kebebasan untuk cemerlang

Kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah England ke atas Scotland kepada 24 perlawanan.

Aksi di Hampden Park itu turut meraikan ulang tahun ke-150 sejak pertemuan pertama di antara kedua-dua pasukan.

Phil Foden turut menemui sasaran bagi menamatkan deretan lima kemenangan Scotland.

Tuan rumah menaruh harapan tinggi untuk memenangi pertemuan ke atas skuad bimbingan Gareth Southgate selepas menewaskan Sepanyol dan Norway dalam aksi kelayakan Euro 2024.

“Saya tidak berpuas hati dengan cara saya bermain di Poland menentang Ukraine (kelayakan Euro 2024).

“Malam ini saya bermotivasi untuk kembali ke tahap terbaik, dan saya rasa begitu hampir dengannya.

“Perlawanan ini lebih daripada sekadar persahabatan. Ia amat bermakna kepada peminat, saya mahu penyokong England pulang dengan gembira,” kata Bellingham. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya