Aniq, Aznil layak masuk RTG

Aniq, Azil layak masuk RTG

Aniq Kasdan mencipta kejayaan sensasi meraih pingat gangsa acara clean & jerk pada Kejohanan Angkat Berat Dunia di Riyadh, Arab Saudi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Aniq Kasdan meraih pingat gangsa pada Kejohanan Dunia di Riyadh kelmarin mendorong Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) memohon agar dua atlet mereka dimasukkan ke dalam Program Road to Gold (RTG).

Kejayaan Aniq, 21, meletakkannya di landasan terbaik untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris tahun depan selepas berada di tangga kesembilan Kelayakan Olimpik. Hanya 10 peserta terbaik akan me­raih tiket ke temasya tersebut.

Selain Aniq, PABM mencadang­kan Aznil Bidin untuk diserap dalam program RTG ­selepas dia sebelum itu memecah ­rekod kebangsaan kategori 61 kilogram (kg), Isnin lalu sebelum rekod tersebut kemudian dileburkan oleh Aniq.

Kelmarin, Aniq meraih gangsa clean & jerk bagi kategori 61kg dengan ­angkatan 161kg.

Terdahulu, dia melakukan ­angkatan 121kg dalam acara snatch, sekali gus mengumpul bebanan keseluruhan 291kg, memadam catatan 290kg yang dilakukan Aznil.

Walaupun pernah dipalit isu doping pada 2018, ­Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat berharap kejayaan terbaharu ini dapat membuka mata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memberi peluang kepada mereka.

AZNIL BIDIN

“Kita (angkat berat) deposit tetap dalam Sukan Komanwel untuk raih pingat, malah kami sebenarnya mahu lebih daripada itu dengan berjaya di Asia dan menonjolkan diri di dunia.

“Kita akhirnya berjaya sekarang. Harap selepas ini, angkat berat turut dipertimbangkan untuk RTG.

“Kita sudah lama konsisten dalam ranking 10 dunia, walaupun serba kekurangan, dengan tiada program khas, tetapi kami kekal di landasan terbaik.

“Dengan semua kejayaan ­terdahulu, kami sedar yang sukan ini tidak dipandang serius, bahkan atlet kami pun seolah-olah dianggap hanya pelengkap. Kalau ada, kalau tiada pun tak apa, sedangkan sukan ini cipta sejarah layak ke Olimpik,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Aniq yang merupakan pemenang ­pingat emas Sukan Komanwel 2022 beraksi dalam kategori 55kg.

Kategori itu bagaimanapun tidak dipertandingkan di ­Olimpik, mendorongnya bertukar kepada berat badan 61kg.

Aniq selepas ini akan mengharungi tiga lagi kejohanan ­kelayakan Grand Prix 2 (4 hingga 14 Disember 2023) di Qatar, Kejohanan Asia di Uzbekistan (3 hingga 10 Februari 2024) dan Kejohanan Dunia di Phuket, Thailand (2 hingga 12 April 2024).

“Alhamdulilah, ini adalah pingat kedua saya dalam ­Kejohanan Dunia (selepas meraih perak 55kg pada 2021). Ini adalah pencapaian kedua terbesar saya selepas Sukan Komanwel (pingat emas).

“Semoga dgn kejayaan ini akan menjadi motivasi untuk saya melakar kejayaan pada masa akan datang,.

“Saya akan terus bekerja keras dan kekal fokus bagi membuat persiapan menghadapi tiga lagi baki kejohanan selepas ini,” kata Aniq.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya