28 atlet UPM perkuat cabaran Malaysia di Sukan Asia Hangzhou

28 atlet UPM perkuat cabaran Malaysia di Sukan Asia Hangzhou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 28 orang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) akan membawa cabaran Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou yang akan bermula secara rasmi esok.

Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Dr. Tajularipin Sulaiman berkata, 28 penuntut itu merupakan atlet bagi acara wusyu, memanah, olahraga, menembak, karate, ragbi, hoki, gimnastik dan juga terjun.

“Tahniah dan syabas kepada 28 orang atlet yang terpilih mewakili Malaysia dan berharap dapat menghadiahkan kilauan pingat serta mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“UPM sentiasa memberikan sokongan kepada pembangunan sukan dan penyertaan atlet ke kejohanan-kejohanan tertinggi untuk menharumkan nama universiti dan Malaysia khususnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sukan Asia Hangzhou membuka tirai secara rasmi esok dengan Malaysia menghantar seramai 289 atlet untuk menyertai 22 daripada 40 acara sukan yang dipertandingkan dengan sasaran 27 pingat untuk dibawa pulang secara keseluruhan.

Pada temasya yang memasuki edisi ke-19 ini, Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil keputusan luar daripada kebiasaan apabila tidak memberikan tumpuan kepada pungutan emas, sebaliknya hanya mahu atlet negara meraih 27 pingat tanpa mengira warna.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya