Yusri pastikan Perak FC kekal dalam Liga Super 2024

Yusri pastikan Perak FC kekal dalam Liga Super 2024

YUSRI CHE LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bukan tugas mudah, namun Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah  meletakkan ‘kekal dalam Liga Super 2024’ sebagai sasaran yang perlu dipenuhi skuad Bos Gaurus.

Yusri menyifatkan perjalanan anak didiknya masih jauh biarpun mencatat kemenangan ke­dua berturut-turut setakat ini.

“Perjalanan kami masih jauh. Masih ada tujuh perlawanan di mana lima akan diadakan di tempat lawannya.

“Kami perlu mengusahakan pencapaian terbaik dan mengutip sebanyak mata yang termampu dalam perebutan me­ngelak menduduki dua tangga ter­corot liga,” katanya selepas kemenangan 3-1 anak buahnya ke atas Penang FC di Ipoh kelmarin.

Yusri berkata dia terpaksa membuat percaturan teliti termasuk melakukan perjudian menurunkan pemain yang me­ngalami kecederaan.

“Luka (Milunovic) dan Seo (Seonung) mengalami kece­deraan tetapi menohon untuk diturunkan menyedari khidmat mereka penting untuk perlawanan. Saya bersyukur dengan kejayaan ini,” katanya.

Yusri berkata, jadual padat juga menjejas persembahan Luciano Guaycochea yang kelihatan letih dihujung perlawanan.

Beliau bagaimanapun yakin anak-anak buahnya bersedia meneruskan momentum berdepan pasukan paling handal dalam liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) di tempat lawan esok.

“Kami akan ke sana dengan tugas besar berhadapan pasukan terhandal.

“Memang berat kerana tiada pasukan yang menang di Stadium Sultan Ibrahim setakat ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN