Vera takut memikirkan nasib Kelantan FC

Vera takut memikirkan nasib Kelantan FC

KELANTAN FC (jersi merah) turun menentang JDT malam ini dengan dibayangi kekalahan 8-0 kepada Terengganu dalam aksi terakhir Liga Super, selain dibedil 5-1 oleh JDT pada perlawanan pertama Piala Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Angel Alfredo Vera tidak dapat menyembunyikan keresahan memikirkan nasib yang akan menimpa Kelantan FC apabila bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam ini.

The Red Warriors (TRW) sekali lagi bertemu Johor Darul Takzim (JDT) untuk perlawanan kedua pusingan ke-16, Piala Malaysia dan mereka hadir dengan membawa defisit agregat 1-5.

Lebih meresahkan penge­ndali dari Argentina itu, perlawanan tersebut hadir lima hari selepas mereka dimalukan 0-8 oleh pasukan jiran, Terengganu FC dalam aksi Liga Super di depan penyokong sendiri.

Vera secara terbuka menga­kui, tidak harapan tinggi Kelantan FC mampu menyaingi Harimau Selatan itu, namun berharap pemain dapat memberikan persembahan terbaik.

“Kita akan bertemu JDT sekali lagi pada perlawanan Piala Malaysia esok. Semua orang tahu siapa JDT dan kekuatan pasukan itu.

“Saya rasa tidak banyak yang mampu kita lakukan selain memberikan yang terbaik untuk cuba menyaingi mereka,” kata­nya semalam.

Kekalahan 0-8 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada 14 Ogos lalu telah me­nyalakan kembali api kemarahan penyokong Kelantan yang berasa kecewa dan malu melihat pasukan kesayangan mereka dibelasah di halaman sendiri.

Situasi lebih buruk buat Kelantan FC apabila terpaksa bergantung kepada dua tenaga import sahaja, iaitu Leonardo Rolon dan Natanael Siringo Ringo susulan sekatan perpindahan oleh Persekutuan Persa­tuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN