Universiade Chengdu catat pencapaian terbaik Malaysia

Universiade Chengdu catat pencapaian terbaik Malaysia

PEKAN Ramli (dua, kanan) memberi jambangan bunga kepada pemenang pingat emas Malaysia, Tammy Tan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China yang melabuhkan tirai kelmarin menyaksikan Malaysia berhasil menamatkan kemarau pingat emas, selain melakar kejayaan bersejarah dengan pungutan pingat terbaik iaitu satu emas, satu perak dan lima gangsa.

Selepas 38 tahun menyertai temasya itu sejak kali pertama di Kobe, Jepun, Malaysia akhirnya menutup saingan di tangga ke-27 daripada 113 negara keseluruhan. Tuan rumah, China muncul juara dengan 103 emas.

Jepun di tempat kedua dengan perbezaan yang sangat besar, 21 pingat emas, sementara Korea Selatan ketiga (17 emas).

KONTINJEN Malaysia dalam upacara penutup Universiade di Chengdu, China kelmarin.

“Sejak penyertaan secara kecil-kecilan di Universiade Kobe, Jepun 1985, impian kita untuk merangkul pingat emas sulung dalam temasya ini akhirnya menjadi kenyataan.

“Impian yang tertanam sejak 38 tahun lalu dapat juga ditunaikan di Chengdu bagi menunaikan harapan seluruh atlet dan rakyat Malaysia,” kata Pengerusi Pengurusan Kontinjen Negara, Datuk Dr Pekan Ramli.

Wusyu menjadi penyumbang pingat terbanyak termasuk pingat emas yang dimenangi atletnya, Tammy Tan dalam acara Qiansyu wanita dengan pungutan markah 9.613, sementara dua pingat gangsa diraih Mandy Cebelle Chen (taijiquan wanita) dan Calvin Lee (nangun lelaki).

 

UMAR Osman memecah dua rekod kebangsaan acara 400m dalam tempoh 24 jam.

Selain pungutan pingat, pelari 400 meter (m) negara, Umar Osman turut melakar sejarah tersendiri apabila memadam rekod kebangsaan miliknya sebanyak dua kali dalam masa kurang 24 jam.

Biarpun tewas di pusingan akhir, pelari berusia 20 tahun itu kini memegang rekod acara berkenaan dengan catatan masa 46.09 saat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN