United kena lepaskan lima pemain untuk beli Amrabat

United kena lepaskan lima pemain untuk beli Amrabat

SOFYAN AMRABAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester Uni­ted perlu menjual sehingga lima pemain bagi membiayai perpindahan bintang tengah Fiorentina, Sofyan Amrabat.

Bulan lalu, pengurus Uni­ted, Erik ten Hag sudah mengeluarkan 55 juta pound (RM318 juta) untuk membawa masuk bintang tengah England, Mason Mount dari Chelsea.

Jurulatih kelahiran Belanda itu bagaimanapun masih mahu menambah kekuatan di bahagian tengah sebelum memulakan kempen musim baharu Liga Perdana Inggeris perte­ngahan bulan ini.

Menurut wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, Amrabat mahu menyertai United walaupun turut mene­rima tawaran daripada kelab Liga Pro Saudi.

Manchester Evening News mendakwa, Red Devils berpe­gang teguh kepada penilai­an mereka bahawa pemain Maghribi berusia 26 tahun itu hanya bernilai 21 juta pound (RM121.45 juta).

Selain Mount, United sudahpun berbelanja besar untuk mendapatkan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana. Kehadiran penyerang, Rasmus Hojlund tidak lama lagi me­nyaksikan perbelanjaan mereka mencecah 150 juta pound (RM868 juta).

Jika mahu mendapatkan Amrabat, United perlu melepaskan sekurang-kurangnya lima pemain dengan Brandon Williams, Donny van de Beek, Harry Maguire, Fred dan Scott McTominay menjadi calon untuk dijual.

Williams dikaitkan de­ngan kelab Liga Kejua­raan Leeds, sementara McTominay dilaporkan mahu dijual 40 juta pound (RM231 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN